Baca petikan dibawah dengan teliti. Berdasarkan petikan, tulis
sebuah ringkasan tentang faktor-faktor yang mendorong kepada masalah disiplin
pelajar. Panjang ringkasan adalah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda
digalakkan menggunakan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Dewasa ini kita sering dihambat dengan masalah disiplin yang
berlaku dalam kalangan remaja. Hal ini pastinya amat membimbangkan banyak pihak
kerana remaja merupakan tiang negara pada masa hadapan. Faktor utama yang dikenal
pasti ialah berpunca daripada ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak dengan
didikan yang betul. Jika ibu atau bapa tidak boleh mendidik anak-anak mereka
dengan baik, pada siapakah lagi tanggungjawab itu harus dipikul? Di samping
itu, faktor yang mendorong kepada permasalahan ini ialah berpunca daripada ibu
bapa yang sibuk mencari nafkah sehinggakan anak-anak terabai. Kesempitan hidup
ini memang tidak boleh dinafikan dalam mencari sesuap nasi untuk membesarkan
anak-anak. Seterusnya, pengaruh rakan sebaya turut menjadi penyumbang utama
dalam peningkatan masalah disiplin pelajar. Masakan tidak kerana golongan
remaja kini banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya berbanding ahli
keluarga. Selain itu, pengaruh media massa turut menjadi faktor utama dalam
meruncingkan lagi permasalahan disiplin ini. Lihat sahaja di layar perak
mahupun di kaca-kaca televisyen yang banyak menyiarkan aksi keganasan dan
masalah sosial. Kesimpulannya perkara ini boleh diatasi jika semua pihak
memainkan peranan masing-masing serta saling berganding bahu bagai aur dengan
tebing. Secara tidak langsung, hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan
yang berkualiti tinggi pada tahun 2020 bakal terlaksana.
A. Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan
yang paling sesuai.
1. Sebahagian besar perkataan dalam kamus diberikan
______________ dan dituruti oleh kata seerti. A. polarisasi C. sensasi B.
potensi D. definisi
2. Seseorang yang berbuat kebaikan pasti akan menerima
_____________nya. A. hadiah C. ganjaran B. sumbangan D. cenderamata
3. “Tuan pengerusi, _________ bersetuju dengan pendapat
Encik Zamri itu,” kata Zaidi. A. saya C. dia B. kami D. kamu
4. “__________ tidak boleh membiarkan penjenayah itu
terlepas begitu sahaja,” kata inspektor polis kepada anggota-anggota yang lain.
A. Kami C. Kamu B. Kita D. Kalian
5. Pelajar-pelajar itu didenda kerana __________ tidak
memakai lencana sekolah. A. dia C. beliau B. mereka D. kami
6. “Permaidani ______ saya beli pada minggu sudah,” kata
Puan Vinotha kepada Asyikin sambil memegang permaidani tersebut. A. ini C. sana
B. itu D. sini
7. “Bapa akan ke ___________ nanti untuk menghadiri majlis
perkahwinan anak saudaranya,” kata abang kepada Pak Salleh. A. situ C. sini B.
sana D. ini
8. Nama pengetua sekolah itu __________? A. siapakah C.
apakah B. siapa D. apa
9. “___________ yang sedang bermain piano?” tanya Alin
kepada Siti. A. Apa C. Siapa B. Apakah D. Siapakah
10. Kerajaan berhasrat melahirkan modal insan yang
___________ kelas pertama. A. berfikir C. bertindak B. berakal D. berminda
B.Soalan 11 hingga 20, betulkan kesalahan jika ada
11.“ Adakah apa-apa yang ingin kamu ketahui dengan lebih
lanjut tentang pelajaran hari ini?” tanya Cikgu Lim.
12.Sila ambil apa yang telah kami sediakan di situ sebagai
bekalan apabila kamu pergi ke sana nanti.
13. Siapa pun tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik kebal
itu kecuali Ketua Penyelia Kawasan. 14.Mereka sedang membincangkan tentang
perkara itu sejak semalam.
15.Zailani menanyakan soalan itu kerana dia tidak faham akan
kehendak soalan tersebut.
16.Baik ayah atau ibu hendaklah memesra dengan anak-anak.
17.Pelajar yang ponteng sekolah itu lari tempiaran apabila
melihat anggota polis membuat rondaan di kawasan itu.
18.Ibu melarang kakak menyirami pokok bunga itu pada waktu
petang kerana hari hendak hujan. 19.Encik Siva memagari batang-batang kayu di
sekeliling kawasan rumahnya.
20 Pada petang itu, Encik Mansor mengajarkan kami cara-cara
bermain gitar.
C.Soalan 21 dan 22 peribahasa
21.Peribahasa yang berikut menggambarkan sikap manusia yang
amat boros atau suka berbelanja besar-besaran melampaui kemampuan kewangan
kecuali
A besar kerak daripada bumi B besar sendal daripada gelegar
C besar pasak daripada tiang D besar umpan besar ikannya
22 Walaupun En. Abdullah seorang usahawan yang berjaya,
namun dia tidak pernah meninggikan diri. Sikap yang ditunjukkan oleh Encik
Abdullah ini ibarat....
A ke tengah
boleh, ke tepi pun boleh B kecil-kecil anak, sudah besar jadi onak
C baik
membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang D berani kerana benar, takut
kerana salah Belum duduk sudah berlunjur
D. Soalan 23 hingga 29 pilih ayat-ayat yang betul
23 I Nasi Beriani inilah makanan yang tersangat lazat yang
pernah saya makan. II Para guru percaya pelajar yang rajin berusaha akan
berjaya. III Ibu menggorengkan adik tiga ketul kepak ayam. lV Pegawai kanan itu
telah ditangkap kerana menyelewengkan wang syarikat.
A I dan II sahaja B II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja 2
24 I Banyak keuntungan yang negara kita peroleh daripada
industri pelancongan. II Salim menikus sahaja apabila bersemuka dengan
pengetua. III Kakak meluat amat apabila terpandang jejaka kacak itu
mengenyitkan mata kepadanya IV Bendera- bendera negara yang mengambil bahagian
dalam Sukan Komanwel berkibaran di sepanjang jalan.
A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, III, dan IV
sahaja D II, III, dan IV sahaja
25 I Sarapan itu sedang disediakan oleh pembantu rumah di
dapur. II Dia tidak mempeduli akan nasihat ayahnya tempohari. III Budin
merungut kerana tidak dinaikkan pangkat sebagai penyelia. IV Wah, cantiknya
pemandangan di tepi pantai itu pada waktu senja!
A I,II dan III B II, III dan IV C I,II dan IV D I,III dan IV
26.Kad pengenalan yang saya jumpai itu saya akan menyerahkan
ke polis.
A akan saya menyerahi polis B akan saya serahkan kepada
polis C saya akan serahkan kepada polis D saya akan menyerahkan ke polis
27. Beberapa orang pelajar-pelajar sedang bermain di luar
kawasan sekolah itu. A Beberapa pelajar-pelajar B Berapa pelajar C Beberapa
orang pelajar D Beberapa orang pelajar-pelajar
28. Keberkesanan sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada
hasil yang diperolehi sesudahnya. A daripada hasil yang diperoleh sesudahnya B
dari hasil yang diperolehi sesudahnya C dari hasil yang diperoleh sesudahnya D
daripada hasil yang diperolehi sesudahnya
29 Mereka tercengang-cengang bila seorang anggota polis
menghampiri mereka dan meminta kad pengenalan mereka. A Mereka
tercengang-cengang bila B Mereka tercengang bila seorang C Mereka
tercengang-cengang apabila seorang D Mereka tercengang-cengang bila seorang
E.30 hingga 40, pilih jawapan yang betul
30 I “Jangan tutup botol kicap itu terlalu ketat,” pesan ibu
kepada kakak. II Matanya terasa ketat setiap kali dia bangun daripada tidur.
III Kawalan ketat akan dikenakan terhadap penjenayah terbabit. IV Puan Lim
memegang tangan suaminya dengan ketat ketika menyeberangi jalan raya.
A I dan III sahaja B II dan III sahaja C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
31.I Mata gerudi itu menjadi kembung kerana terkena
permukaan lantai besi. II Resipi ikan kembung berempah mendapat sambutan di
gerai makan itu. III Kembung yang diisi di dalam bekas itu sudah penuh
muatannya. IV Bayi itu menangis kerana perutnya kembung masuk angin.
A I dan II sahaja B II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
32.I Puri yang dibina sejak zaman penjajahan British itu
masih wujud hingga sekarang. II Puri anggur itu sangat sedap dan selamat untuk
diminum. III Jenama pakaian buatan tempatan itu puri dan berkualiti tinggi. IV
Tentera Jepun membina puri bertujuan menentang dan melindungi diri daripada
serangan British.
A I dan II sahaja B
III dan IV sahaja C I, II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja
33 Fatin Nabila begitu_______________ mematahkan hujah-hujah
lawan dalam pertandingan bahas semalam. A petah B betah C mahir D bernas
34.Nawi ________________ tidak faham ketika Aminah menegur
tindakannya membocorkan rahsia mereka. A kira-kira B akan-akan C buat-buat D
agak-agak
35 ______________ seorang pahlawan, Panglima Hashim terus
menentang tali barut penjajah itu. A Daripada B Bagi C Demi D Laksana
36. Ular sawa yang diburu semalam didapati
__________________ kekenyangan di dalam reban ayam. A melingkar B melendut C
melintang D melengkung
37.Setelah ___________ selesai bersiram nanti, sediakan
santapan untuk Sultan,” arah Bendahara kepada tukang masak itu. A beta B patik
C baginda D tuanku
38.Kakak _________telinga adik kerana adik tidak
mengendahkan larangannya supaya tidak bermain hujan. A memegang B memiat C
mengetil D mencubit
39. Perut saya terasa _______________ setelah makan buah
mangga yang masam itu. A loya B ngeri C perit D muak
40. Banyak
sekolah ditutup kerana ___________________virus Covid-19
A.
penyebaran B. peluasan C. penularan D. perkembangan
F. Padankan penyataan yang betul
dengan idea utama
IDEA UTAMA |
PENYATAAN ATAU HURAIAN |
Membantu ibu bapa ketika sakit |
Mereka lebih banyak pengalaman hidup daripada kita |
Menjaga mereka ketika tua |
Apabila sudah tua, mereka tidak boleh bergerak dengan
bebas |
Menghormati nasihat mereka |
Jangan kedekut wang untuk merawat mereka |
Membawa mereka ke klinik |
Menjaga hati mereka supaya tidak tersinggung |
Menyayangi mereka |
Menyediakan bilik yang khas dengan makan dan minum yang
cukup |
Menghargai budi baik |
Segala pengorbanan mereka, tidak dapat dibalas dengan wang
|
Mendapatkan peralatan |
Melakukan kerja-kerja rumah apabila mereka tidak larat |
No comments:
Post a Comment