Friday, April 9, 2021

ULASAN CONTOH PT3

 Ulasan

Kerajaan telah berusaha menambahbaik kualiti pengangkutan awam di negara kita. Malah kerajaan juga telah mengadakan kempen agar rakyat menggunakan pengangkutan awam. Hal ini kerana pengangkutan awam ini membawa banyak kebaikan. Antaranya ialah pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan. Hal ini sudah pasti mengelakkan kemalangan. Selain itu pengangkutan awam dapat menjimatkan masa dan wang. Pengguna dapat menjimatkan wang perbelanjaan seperti membayar tol dan petrol. Sementelahan pengangkutan awam dapat mengurangkan pencemaran alam. Hal ini membolehkan kita hidup lebih sihat dan selamat. Seterusnya pengangkutan awam mengurangkan tekanan/stres. Dengan ini pelbagai penyakit yang berkaitan stres dapat dihindarkan. Kesimpulannya pengangkutan awam hendaklah menjadi keutamaan dalam hidup kita. 

(100 patah perkataan)

No comments:

Post a Comment