Tuesday, April 20, 2021

SOALAN STRUKTUR SEM 2

 LATIHAN SOALAN STRUKTUR SIRI 1

1. Nyatakan tiga petunjuk yang digunakan untuk mengukur pencapaian usaha peningkatan
kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat Malaysia dari aspek pendidikan. [ 3]


(i) ______________________________________________________________________

(ii) ______________________________________________________________________

(iii) ______________________________________________________________________


2. Rukun Negara menggariskan lima prinsip yang menggambarkan aspirasi masyarakat
Malaysia terhadap pembentukan sebuah negara yang mengikut acuannya sendiri.
Jelaskan dua cara bagaimana kita dapat menerapkan prinsip Keluhuran Perlembagaan dalam
kehidupan seharian. [ 4]


(i) __________________________________________________________________________

 _________________________________________________________________________

(ii) ________________________________________________________________________

 _________________________________________________________________________

3. Jelaskan dua objektif  masyarakat yang hendak dilahirkan oleh Malaysia melalui Rukun Negara?[4]

(i)_________________________________________________________________________

 _________________________________________________________________________

(ii) ________________________________________________________________________

 _________________________________________________________________________

4. Huraikan dua  cabaran Rukun Negara sukar dipraktikkan di negara ini [4]

(i) __________________________________________________________________________

 _________________________________________________________________________

(ii) ________________________________________________________________________

 _________________________________________________________________________


KELAS TUISYEN BM/PA

Guru kelulusan PhD dengan  pengalaman mengajar  BM selama 40 tahun kendalikan kelas secara bersua muka dan maya. Yang berminat sila pm di 01136917517. Jadual kelas seperti berikut
Tingkatan 1 : Rabu 8-10 mlm
Tingkatan 2/3: Jumaat 8-10 mlm
Tingkatan 4: Selasa 8-10 mlm
Tingkatan 5: Isnin 6-8 mlm
Tingkatan 6 Pengajian Am: Isnin 4-6 ptg

vaccination

 I am desperately awaiting full vaccination for Covid-19. Without this, I can not go overseas to see my loved ones there.

IJAZAH KELAS PERTAMA

 Seorang bekas pelajar saya Thiviyashni Poopathi dari Universiti Malaya telah mengharumkan nama setelah memperoleh Kelas Pertama (Pass with Honours  with Distinction ) dalam kursus Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara. Saya tumpang gembira kerana saya bukan sahaja pernah mengajarnya tetapi juga menyemak dan menyunting tesis kesarjanaannya tempoh hari. Harap kejayaan dan kecekalannya menjadi iktibar dan inspirasi kepada pelajar-pelajar saya yang lain. Congratulations Thiviya, you make your parents proud.

Thursday, April 15, 2021

KISAH HIDUP

 Ada pelajar dan bekas pelajar saya yang sangat setia dengan saya sehingga kini, meminta saya menulis sesuatu dalam blog atau FB supaya mereka dapat mengikuti perkembangan diri saya atau perjalanan hidup saya. Itulah tujuan utama saya membuka akaun FB. Kisah hidup saya menjadi tular dalam kalangan pelajar dan bekas pelajar . Saya mendapat banyak “impressions”  dalam tweeter. Kini saya sudah memasuki usia 61 tahun +++. Rambut pun mula gugur satu persatu menyembah bumi. Sebelum tubuh ini dimasukkan ke dalam liang lahad, rasa kempunan untuk menghimpunkan apa yang  dirasai dan ditempuhi  selama ini agar dimaklumi oleh pelajar dan bekas pelajar saya. Penulisan kisah hidup ini bukanlah sesuatu yang imaginatif, fantasi mahupun figuratif. Ini adalah anekdot onak dan duri yang pernah dan sedang diredahi (=juga saya reda dengan ketentuan-Nya) sehingga kini. Jika berminat ikutilah……….

Sunday, April 11, 2021

PHYSICAL CLASS

Starts from next week all my classes would be physical class @ face to face. So please come to my place as usual time. Pls, come on accurate time because before that I would have other classes. Thanks for your understanding and support. Pls, convey this message to your parents as well. Please wear your face mask during our classes.



LATIHAN BM PRA PT3

 

Baca petikan dibawah dengan teliti. Berdasarkan petikan, tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor yang mendorong kepada masalah disiplin pelajar. Panjang ringkasan adalah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Dewasa ini kita sering dihambat dengan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan remaja. Hal ini pastinya amat membimbangkan banyak pihak kerana remaja merupakan tiang negara pada masa hadapan. Faktor utama yang dikenal pasti ialah berpunca daripada ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak dengan didikan yang betul. Jika ibu atau bapa tidak boleh mendidik anak-anak mereka dengan baik, pada siapakah lagi tanggungjawab itu harus dipikul? Di samping itu, faktor yang mendorong kepada permasalahan ini ialah berpunca daripada ibu bapa yang sibuk mencari nafkah sehinggakan anak-anak terabai. Kesempitan hidup ini memang tidak boleh dinafikan dalam mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak-anak. Seterusnya, pengaruh rakan sebaya turut menjadi penyumbang utama dalam peningkatan masalah disiplin pelajar. Masakan tidak kerana golongan remaja kini banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya berbanding ahli keluarga. Selain itu, pengaruh media massa turut menjadi faktor utama dalam meruncingkan lagi permasalahan disiplin ini. Lihat sahaja di layar perak mahupun di kaca-kaca televisyen yang banyak menyiarkan aksi keganasan dan masalah sosial. Kesimpulannya perkara ini boleh diatasi jika semua pihak memainkan peranan masing-masing serta saling berganding bahu bagai aur dengan tebing. Secara tidak langsung, hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi pada tahun 2020 bakal terlaksana.

 

A. Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Sebahagian besar perkataan dalam kamus diberikan ______________ dan dituruti oleh kata seerti. A. polarisasi C. sensasi B. potensi D. definisi

2. Seseorang yang berbuat kebaikan pasti akan menerima _____________nya. A. hadiah C. ganjaran B. sumbangan D. cenderamata

3. “Tuan pengerusi, _________ bersetuju dengan pendapat Encik Zamri itu,” kata Zaidi. A. saya C. dia B. kami D. kamu

4. “__________ tidak boleh membiarkan penjenayah itu terlepas begitu sahaja,” kata inspektor polis kepada anggota-anggota yang lain. A. Kami C. Kamu B. Kita D. Kalian

5. Pelajar-pelajar itu didenda kerana __________ tidak memakai lencana sekolah. A. dia C. beliau B. mereka D. kami

6. “Permaidani ______ saya beli pada minggu sudah,” kata Puan Vinotha kepada Asyikin sambil memegang permaidani tersebut. A. ini C. sana B. itu D. sini

7. “Bapa akan ke ___________ nanti untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya,” kata abang kepada Pak Salleh. A. situ C. sini B. sana D. ini

8. Nama pengetua sekolah itu __________? A. siapakah C. apakah B. siapa D. apa

9. “___________ yang sedang bermain piano?” tanya Alin kepada Siti. A. Apa C. Siapa B. Apakah D. Siapakah

10. Kerajaan berhasrat melahirkan modal insan yang ___________ kelas pertama. A. berfikir C. bertindak B. berakal D. berminda

B.Soalan 11 hingga 20, betulkan kesalahan jika ada

11.“ Adakah apa-apa yang ingin kamu ketahui dengan lebih lanjut tentang pelajaran hari ini?” tanya Cikgu Lim.

12.Sila ambil apa yang telah kami sediakan di situ sebagai bekalan apabila kamu pergi ke sana nanti.

13. Siapa pun tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik kebal itu kecuali Ketua Penyelia Kawasan. 14.Mereka sedang membincangkan tentang perkara itu sejak semalam.

15.Zailani menanyakan soalan itu kerana dia tidak faham akan kehendak soalan tersebut.

16.Baik ayah atau ibu hendaklah memesra dengan anak-anak.

17.Pelajar yang ponteng sekolah itu lari tempiaran apabila melihat anggota polis membuat rondaan di kawasan itu.

18.Ibu melarang kakak menyirami pokok bunga itu pada waktu petang kerana hari hendak hujan. 19.Encik Siva memagari batang-batang kayu di sekeliling kawasan rumahnya.

20 Pada petang itu, Encik Mansor mengajarkan kami cara-cara bermain gitar.

C.Soalan 21 dan 22 peribahasa

21.Peribahasa yang berikut menggambarkan sikap manusia yang amat boros atau suka berbelanja besar-besaran melampaui kemampuan kewangan kecuali

A besar kerak daripada bumi B besar sendal daripada gelegar C besar pasak daripada tiang D besar umpan besar ikannya

22 Walaupun En. Abdullah seorang usahawan yang berjaya, namun dia tidak pernah meninggikan diri. Sikap yang ditunjukkan oleh Encik Abdullah ini ibarat....

A ke tengah boleh, ke tepi pun boleh B kecil-kecil anak, sudah besar jadi onak

C baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang D berani kerana benar, takut kerana salah Belum duduk sudah berlunjur

 

D. Soalan 23 hingga 29 pilih ayat-ayat yang betul

23 I Nasi Beriani inilah makanan yang tersangat lazat yang pernah saya makan. II Para guru percaya pelajar yang rajin berusaha akan berjaya. III Ibu menggorengkan adik tiga ketul kepak ayam. lV Pegawai kanan itu telah ditangkap kerana menyelewengkan wang syarikat.

A I dan II sahaja B II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja 2

24 I Banyak keuntungan yang negara kita peroleh daripada industri pelancongan. II Salim menikus sahaja apabila bersemuka dengan pengetua. III Kakak meluat amat apabila terpandang jejaka kacak itu mengenyitkan mata kepadanya IV Bendera- bendera negara yang mengambil bahagian dalam Sukan Komanwel berkibaran di sepanjang jalan.

A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, III, dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja

25 I Sarapan itu sedang disediakan oleh pembantu rumah di dapur. II Dia tidak mempeduli akan nasihat ayahnya tempohari. III Budin merungut kerana tidak dinaikkan pangkat sebagai penyelia. IV Wah, cantiknya pemandangan di tepi pantai itu pada waktu senja!

A I,II dan III B II, III dan IV C I,II dan IV D I,III dan IV

26.Kad pengenalan yang saya jumpai itu saya akan menyerahkan ke polis.

A akan saya menyerahi polis B akan saya serahkan kepada polis C saya akan serahkan kepada polis D saya akan menyerahkan ke polis

27. Beberapa orang pelajar-pelajar sedang bermain di luar kawasan sekolah itu. A Beberapa pelajar-pelajar B Berapa pelajar C Beberapa orang pelajar D Beberapa orang pelajar-pelajar

28. Keberkesanan sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperolehi sesudahnya. A daripada hasil yang diperoleh sesudahnya B dari hasil yang diperolehi sesudahnya C dari hasil yang diperoleh sesudahnya D daripada hasil yang diperolehi sesudahnya

29 Mereka tercengang-cengang bila seorang anggota polis menghampiri mereka dan meminta kad pengenalan mereka. A Mereka tercengang-cengang bila B Mereka tercengang bila seorang C Mereka tercengang-cengang apabila seorang D Mereka tercengang-cengang bila seorang

E.30 hingga 40, pilih jawapan yang betul

30 I “Jangan tutup botol kicap itu terlalu ketat,” pesan ibu kepada kakak. II Matanya terasa ketat setiap kali dia bangun daripada tidur. III Kawalan ketat akan dikenakan terhadap penjenayah terbabit. IV Puan Lim memegang tangan suaminya dengan ketat ketika menyeberangi jalan raya.

A I dan III sahaja B II dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

31.I Mata gerudi itu menjadi kembung kerana terkena permukaan lantai besi. II Resipi ikan kembung berempah mendapat sambutan di gerai makan itu. III Kembung yang diisi di dalam bekas itu sudah penuh muatannya. IV Bayi itu menangis kerana perutnya kembung masuk angin.

A I dan II sahaja B II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

32.I Puri yang dibina sejak zaman penjajahan British itu masih wujud hingga sekarang. II Puri anggur itu sangat sedap dan selamat untuk diminum. III Jenama pakaian buatan tempatan itu puri dan berkualiti tinggi. IV Tentera Jepun membina puri bertujuan menentang dan melindungi diri daripada serangan British.

 A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

 

33 Fatin Nabila begitu_______________ mematahkan hujah-hujah lawan dalam pertandingan bahas semalam. A petah B betah C mahir D bernas

34.Nawi ________________ tidak faham ketika Aminah menegur tindakannya membocorkan rahsia mereka. A kira-kira B akan-akan C buat-buat D agak-agak

35 ______________ seorang pahlawan, Panglima Hashim terus menentang tali barut penjajah itu. A Daripada B Bagi C Demi D Laksana

36. Ular sawa yang diburu semalam didapati __________________ kekenyangan di dalam reban ayam. A melingkar B melendut C melintang D melengkung

37.Setelah ___________ selesai bersiram nanti, sediakan santapan untuk Sultan,” arah Bendahara kepada tukang masak itu. A beta B patik C baginda D tuanku

38.Kakak _________telinga adik kerana adik tidak mengendahkan larangannya supaya tidak bermain hujan. A memegang B memiat C mengetil D mencubit

39. Perut saya terasa _______________ setelah makan buah mangga yang masam itu. A loya B ngeri C perit D muak

40. Banyak sekolah ditutup kerana ___________________virus Covid-19

A. penyebaran      B. peluasan     C. penularan      D. perkembangan

 

F. Padankan penyataan yang betul dengan idea utama

IDEA UTAMA

PENYATAAN ATAU HURAIAN

Membantu ibu bapa ketika sakit

Mereka lebih banyak pengalaman hidup daripada kita

Menjaga mereka ketika tua

Apabila sudah tua, mereka tidak boleh bergerak dengan bebas

Menghormati nasihat mereka

Jangan kedekut wang untuk merawat mereka

Membawa mereka ke klinik

Menjaga hati mereka supaya tidak tersinggung

Menyayangi mereka

Menyediakan bilik yang khas dengan makan dan minum yang cukup

Menghargai budi baik

Segala pengorbanan mereka, tidak dapat dibalas dengan wang

Mendapatkan peralatan

Melakukan kerja-kerja rumah apabila mereka tidak larat

 

LATIHAN BM SPM

 

(a) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Sekolah Kebangsaan Seri Angsana telah mengutip RM 20 000 melalui program Hari Keusahawanan.

2. Pasukan Bomba dan Penyelamat telah mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap dalam keretapi itu.

3. Ibu sudah melipat kain itu petang semalam walaupun keletihan selepas balik dari Kuala Terengganu.

4. Kami telah menunaikan permintaan jurulatih untuk menang dalam pertandingan bola tampar itu.

5. Tuan Pengetua telah menyampaikan surat kenaikan pangkat kepada beberapa

orang guru pagi semalam.

 

(b). satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan.

(i). Generasi muda yang mempunyai ide bernas untuk pembangunan negara perlu

membimbing kerana mereka akan menjadi tonggak kemajuan negara pada masa depan.

(ii). Syarikat otomotif yang mula beroperasi pada tahun 2012 telah berjaya mencapai sasar jualan kereta sebanyak 2000 unit pada tahun ini.

(iii). Individu yang hendak mengambil makanan penambahan berasaskan cendawan perlu merujuk kepada doktor atau ahli fermasi.

 

(c). satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.

(i). Kebanyakan filem-filem yang dihasilkan oleh karyawan tempatan di negara ini selalu mendedahkan tema cinta muda mudi.

(ii). Pak Samad sedang mentafsir kerugian yang dialaminya setelah tanamannya musnah di dalam kejadian banjir semalam.

(iii). Para hakim terpesona mendengar hujah-hujah yang cukup panas dilontarkan oleh pembahas kedua daripada pasukan Kolej Tunku Abdul Rahman dalam pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan.

 

(d). Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa di bawah.

(i). seperti abu di atas tunggul.

(ii). bagai cincin dengan permata.

(iii). di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

PERENGGAN CONTOH

 

PERENGGAN CONTOH

Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran negara, kerajaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. G1M bertujuan mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum lain dengan lebih lanjut. Kempen “Cintai Bahasa Kita” dan Program Integrasi Nasional perlulah digiatkan dengan lebih cergas lagi untuk memartabatkan bangsa malaysia

 (109 perkataan)

 

KARANGAN-PERPADUAN

 

Perpaduan kaum merupakan tonggak keharmonian negara. Oleh itu langkah-langkah untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah amat dominan. Bincangkan

Pendahuluan

Perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?

 

Idea

Huraian

1.rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum.

 

 

 

 

 

 

 

2. institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum

 

 

 

 

 

 

3. pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara

 

 

 

 

 

 

 

 

4. rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum

 

 

 

 

 

 

 

 

5. menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan

·         ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.

·         mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran.

·         ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik.

 

·         guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah

·         guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja.

·         guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain.

 

·         dapat mewujudkan permuafakatan bangsa. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

·         langkah tersebut dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.

·         pelajar perlu mengenali sejarah tanah air agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu.

 

·         membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan hasutan dan pertelingkahan kaum

·         pemimpin politik hendaklah mengelakkan ucapan yang berbaur perkauman kerana parti politik di negara ini berdasarkan kepentingan kaum  sendiri

·         sebarang lagu atau penulisan dalam media jangan menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia

·         kita janganlah mengambil kesempatan untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang menghancurkan keharmonian kaum

 

 

·         gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa.

·         ini dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain.

·         masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara.

 

 

Kesimpulan

Usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh oleh semua pihak. Kerajaan hendaklah memastikan setiap pihak memainkan nkan peranan mereka.


PETUNJUK MALAYSIA MAJU SEJAHTERA

 PETUNJUK MALAYSIA MAJU DAN SEJAHTERA

1. Sumber alam dimanafaatkan secara optimum melalui kemajuan dan keupayaan modal-Menafaatkan sumber daya alam sedia ada sebagai tenaga alternatiF-Sebagai contoh memanfaatkan  tenaga air, angin, atau matahari untuk menggantikan tenaga fosil.

2. Kualiti dan produktiviti penduduk tinggi-Pendapatan perkapita tinggi- Peluang pekerjaan terbuka luas-Peluang ekonomi terbuka luas

3. Industri berkembang pesat-Produk industri dan perkhidmatan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi-Pergantungna  ekonomi berasaskan pertanian dikurangkan sebaliknya sektor pertanian diberikan nafas baru dengan meletakkannya sebagai salah satu bidang industri “ Pertanian Sebagai Satu Perniagaan”-Penerapan teknologi canggih menaikkan taraf sektor industri sekunder dan industri pertanian

4. Kualiti hidup penduduk yang tinggi mendorong peningkatan produktiviti-Pendapatan perkapita juga turutvmeningkat-Sekaligus mempengaruhi peningkatanvpendapatan negara

5. Eksport berasaskan industri dan perkhidmatan- Mengurangkan kebergantungan kepada sumberalam semata-mata-Sebaliknya sumber alam dieksploitasi dengan penggembelengan pengetahuan untuk menghasilkan produk yang bernilai- Misalnya produk daripada kelapa sawit - minyak masak - mentega dan sebagainya

6. Keupayaan menyediakan prasarana untuk warganya-Warga masyarakat memiliki kesedaran untuk memelihara dan memanafaatkan kemudahan dan prasarana disediakan

7. Kesedaran dan kepatuhan terhadap undang-undang-Penerimaan kesetaraan gender- Penghormatan terhadap hak asasi manusia - golongan orang kurang upaya - warga emas- Prinsip akauntabiliti dan tranparensi (ketelusan) dalam tindakan dan pengambilan keputusan

8. Tahap pendidikan merupakan indikator penting menunjukkan kualiti penduduk-Penduduk mempunyai kesedarah tinggi terhadap kepentingan pendidikan dan teknologi-ketinggian taraf sistem dan kualiti pendidikan menunjangi ketinggian tingkatdan tahap pendidikan penduduk

karangan Perpaduan

 

Perpaduan kaum merupakan tonggak keharmonian negara. Oleh itu langkah-langkah untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah amat dominan. Bincangkan

Pendahuluan

Perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?

 

Idea

Huraian

1.rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum.

 

 

 

 

 

 

 

2. institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum

 

 

 

 

 

3. pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara

 

 

 

 

 

 

 

4. rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5. menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan

·        ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.

·        mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran.

·        ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik.

 

·        guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah

·        guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja.

·        guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain.

 

·        dapat mewujudkan permuafakatan bangsa. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

·        langkah tersebut dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.

·        pelajar perlu mengenali sejarah tanah air agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu.

 

·        membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan hasutan dan pertelingkahan kaum

·        pemimpin politik hendaklah mengelakkan ucapan yang berbaur perkauman kerana parti politik di negara ini berdasarkan kepentingan kaum  sendiri

·        sebarang lagu atau penulisan dalam media jangan menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia

·        kita janganlah mengambil kesempatan untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang menghancurkan keharmonian kaum

 

 

·        gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa.

·        ini dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain.

·        masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara.

 

 

Kesimpulan

Usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh oleh semua pihak. Kerajaan hendaklah memastikan setiap pihak memainkan nkan peranan mereka.

PERENGGAN CONTOH

Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran negara, kerajaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. G1M bertujuan mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum lain dengan lebih lanjut. Kempen “Cintai Bahasa Kita” dan Program Integrasi Nasional perlulah digiatkan dengan lebih cergas lagi untuk memartabatkan bangsa malaysia

 (109 perkataan)

 

 


Saturday, April 10, 2021

FONEM DAN ALOFON

 FONEM DAN ALOFON

fonem dan alofon dalam sistem bunyi bahasa melayu

Pada asasnya bahasa terdiri daripada beberapa unit. Unit yang paling besar ialah ayat dan unit yang paling kecil ialah fonem. Fonem merujuk kepada unit bahasa yang terkecil dan boleh dipenggal-penggalkan. Hal ini memenag bersesuaian dengan sifat fonem yang boleh diasing-asingkan antara satu sama lain. Misalnya, satu perkataan ( yang juga merupakan salah satu unit dalam bahasa), iaitu ‘padam’, boleh dipenggalakan kepada lima unit penggalan yang lebih kecil atau lima fonem yang berasingan, iaitu /p/ , /a/ , /d/ , /a/ dan /m/. Unit kecil ini tidak mempunyai makna jika diletakkan secara berasingan.

Maksud lain bagi fonem ialah unit unit penggalan bahasa yang terkecil yang boleh membawa perbezaan makna. Fonem juga boleh didefinisikan sebagai himpunan bunyi yang mempunyai sifat-sifat fonetik yang sama dan mempunyai lambang asas yang sama, yang berbeza hanyalah lambang-lambang diakritiknya. Tegasnya fonem ialah unit pada tingkat bunyi yang mampu membezakan makna sesuatu kata atau dikenali sebagai distingif.

I. Fonem vokal

Huruf ‘e’ digunakan untuk melambangkan dua fonem, iaitu :

i. fonem e pepet yang ditulis secara fonetik / Ə /

ii. fonem e taling yang ditulis secara fonetik /e /

Penutur bahasa Melayu biasanya berupaya untuk membezakan dua sebutan tersebut dan dapat menggunakannya dengan betul. Selain itu, /Ə/ juga sering digunakan bagi menggantikan bunyi vokal bagi perkataan yang berakhir dengan huruf /a/.

II. Fonem konsonan

Dalam bahasa Melayu, terdapat 18 fonem konsonan asli. Jadual yang berikut menunjukkan fonem konsonan asli Melayu dan contoh penggunaannya dalam perkataan.

III. Fonem pinjaman

Dalam bahasa Melayu, terdapat lapan konsonan pinjaman. Konsonan pinjaman ini berasal daripada bahasa Arab, bahasa Inggeris atau bahasa selain daripada bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, penggunaan konsonan pinjaman ini telah sebati dengan penutur bahasa Melayu sehingga konsonan ini telah diiktiraf sebagai huruf konsonan Melayu juga. Jadual dibawah ini menunjukkan konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu dan contoh penggunaannya dalam perkataan.

ALOFON

Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.

Kaedah penentuan fonem dan alofon

Kaedah Pasangan Minima /Pasangan Minimal

 Kaedah ini adalah kaedah utama untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Konsep pasangan minima merujuk kepada keadaan dua kata yang mempunyai perbezaan hanya pada satu bunyi sahaja, dan perbezaan ini wujud pada lingkungan atau kedudukan yang sama. Bunyi-bunyi atau segmen-segmen berkenaan boleh dianggap fonem sekiranya ia ada persamaan dari segi fonetik dan penggantian satu segmen dengan segmen yang satu lagi itu menghasilkan perbezaan dari segi makna. Sebagai contohnya: 

[tari] [dari]

[patah] [padah]

[tuli]  [ duli]

[saku]  [sagu]  

[kari] [gari]

[pakar] [pagar]  

Perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] memperlihatkan perbezaan hanya pada satu segmen iaitu [t] dan [d]. Perbezaan itu pula adalah dalam lingkungan yang sama iaitu sama ada (a) di awal kata suku kata pertama atau

(b) di awal kata suku kata kedua. 

Segmen [t] dan (d] mempunyai persamaan dari segi fonetik kerana kedua­duanya dihasilkan secara letupan dan di daerah artikulasi yang sama iaitu gigi-gusi (alveolar). Kehadiran kedua-dua segmen berkenaan dalam perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] di atas, jelas menghasilkan perbezaan dari segi makna. Oleh yang demikian, kedua-dua segmen berkenaan boleh dianggap dua fonem yang berbeza.

MORFOLOGI

 MORFOLOGI 

Tatabahasa ialah teori bahasa,sistem,peraturan ataupun undang-undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu.Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji perkataan manakala sintaksis pula ialah bidang yang mengkaji ayat.Kedua-dua bidang ini saling berkaitan kerana ketepatan tatabahasa bergantung pada ketepatan perkataan(morfologi) dan ketepatan susunan perkataan(sintaksis) dalam sesuatu ungkapan.

2.0  MORFOLOGI

mengkaji struktur /susunan bunyi kata

MORFOLOGI            ➮ mengkaji bentuk kata

                                    ➮ mengkaji penggolongan kata


2.1  KONSEP DALAM ILMU MORFOLOGI

2.1.1  Struktur Kata

Merupakan susunan bunyi ujaran atau tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna.  Cth berdasarkan ( ada makna )    kandasarber (tiada makna)

2.1.2  Bentuk Kata

Merupakan rupa unit tatabahasa - berbentuk tunggal(tidak menerima apa-apa perubahan) atau mengalami pengimbuhan(bentuk terbitan),penggandaan(diulang) dan pemajmukan(Bentuk dua kata yang hadir serentak)..Bentuk kata boleh digambarkan seperti berikut:

 hati

berhati

hati-hati

hati perut

 2..1.3  Penggolongan Kata

Merupakan penjenisan kata berdasarkan fungsi tatabahasa.Terdapat 4 golongan kata dalam bahasa Melayu iaitu:

taman,jam,Seremban,kucing

bermain,memasak,berlari,duduk

cantik,nipis,garang,luas

di,akan,sangat,amat


.2   UNIT-UNIT DALAM MORFOLOGI

Dua unit morfologi ialah morfem dan kata.Morfem terbahagi kepada dua iaitu:

 2.2.1 Morfem Bebas

Boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan morfem lain serta mempunyai makna yang lengkap.Morfem ini tidak boleh dipecahkan kepada unit yang lebih kecil lagi.Contoh morfem bebas adalah seperti saya,kamu,basikal,balai,rumah dan lain-lain lagi.

2.2.2  Morfem Terikat

Tidak boleh berdiri sendiri sebagai kata tanpa bantuan morfem lain.Secara amnya morfem terikat dalam Bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan.Contohnya: imbuhan -di,-ter,-ber,-men,-kan dan -me,-kan. Terbahagi kepada 3 jenis iaitu:                                                                                                    

i.Morfem Terikat Satuan-

Bentuk morfem terikat yang kukuh dan tidak boleh dipisah-pisahkan bahagiannya.Terdiri daripada imbuhan awalan seperti: ter,ber,me,dan di dan imbuhan akhiran seperti –an dan -kan)

ii.Morfem Terikat Terbahagi-

Morfem terikat yang strukturnya dipisahkan oleh kata dasar.Contohnya kemerosotan,kerajaan,pelaburan,mencurahkan,berdasarkan dan lain-lain lagi.

iii.Morfem Terikat Kompleks-

Merupakan gabungan dua morfem terikat atau lebih yang berlaku pada awalan atau akhiran sahaja.Contohnya diperluaskan,diperhambai,memperjuangkan memperingati dan lain-lain lagi.

2.3   PROSES PEMBENTUKAN KATA

➮  kata tunggal  : 1,2,3,4 suku kata

➮  kata terbitan  : berawalan,berakhiran,berapitan,bersisipan

➮  kata majmuk : yang mantap,penggandaan,pengimbuhan

➮  kata ganda    : penuh, separa,berentak


2.3.1 Bentuk Kata Tunggal

Merupakan bentuk kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang imbuhan dan tidak mengalami penggandaan dan pemajmukan.Terhasil melalui gabungan vokal dan konsonan seperti berikut:  

1 sukukata 

 

1. KV

2. VK

3. KVK

4. KKVK

5. KVKK

6. KKKV

7. KKKVK

 2 sukukata

 1. V + KV

2. V + VK

3. V + KVK

4. VK +  KV

5. VK + KVK

6. KV +V

7. KV + VK

8. KV + KV

9. KV + KVK

10. KVK +KV

11. KVK +KVK

 3 sukukata

 1.  KV + V + KV

2.  KV + V + KVK

3.  V + KV + V

4.  KV + KV + V

5.  KVK +KV + V

6.  KV +KV +VK

7.  KVK + KV + VK

8.  V + KV + KV

9.  V + KV + KVK

10. VK  + KV + KV

11.  KV + KV + KV

12. KVK + KV + KV

13. VK + KV + VK

14. V + KV + VK

15. KV + KV  + KVK

16. KVK + KV + KVK

17. KV +KVK + KV

18. KVK +KVK + KV

19. KV + KVK +  KVK

 4 sukukata

 1.  KV + KV + VK + KV

2.  KV + KVK + KV + KV

3.  KVK + KV + KV + KV

4.  KVK + KV + V + KV

5.  KV + KV + KV + KV

6.  KV + KV + KV + KVK

7.  KVK + KV + KV + KVK

8.  KVK +KVK + KV + KV

9.  KV + KV + V + KVK 

5 sukukata

1. V + KV + KVK + KV + KV

2.3.2  Bentuk Kata Terbitan

Dihasilkan melalui proses pengimbuhan di mana  melahirkan bentuk perkataan yang dipanggil kata terbitan.Imbuhan pula terbahagi kepada 4 jenis:

a.Imbuhan Awalan

Hadir pada awal kata dasar dan dihasilkan bersama kata nama terbitan,kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan:

i.Awalan Kata Nama      -Contoh :penulis,pembuka,penggali,pengecat,mahasiswa.

ii.Awalan Kata Kerja      -Contoh:melawat,membawa,menjerit,menggali.

iii.Awalan Kata Adjektif -Contoh: tercantik,terluas,terendah,seputih.

b.Imbuhan Akhiran

Hadir pada akhir kata dasar.Hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan.

 i.Akhiran Kata Nama    -Contoh :pakaian,budiman,negarawan,olahragawati.

ii.Akhiran kata Kerja      -Contoh : tuliskan,tingkatkan,berkati,duduki.

c Imbuhan Apitan.

  Hadir serentak di belakang dan di hadapan kata dasar.Wujud dalam kata nama terbitan,kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.

i.Apitan kata Nama       -Contoh:pelaksanaan,pembuatan,pendapatan.

ii.Apitan Kata Kerja      -Contoh:meletakkan,mentafsirkan,membaharukan.

iii.Apitan Kata Adjektif -Contoh:kearaban,kecinaan,keinggerisan.

d.Imbuhan Sisipan

Hadir secara menyisip dalam sesuatu kata dasar.Wujud dalam kata nama dan kata adjektif.

i.Sisipan Kata Nama       .-Contoh :  (el) kelengkang,telunjuk,kelabut

                                                           (er) keruping,serabut

ii.Sisipan Kata Adjektif   -Contoh :   (el) selerak,gelembung

                                                           (er) serabut,gerigi

                                                          (em) gemerlap,semerbak

2.3.3 Bentuk Kata Majmuk

Dua kata dasar atau lebih yang dirangkaikan dan membawa makna.Dieja terpisah tapi bertindak sebagai satu unit.Terbahagi kepada tiga bahagian:

a.Rangkaian Kata Bebas       -Contoh: pasar raya,jalan raya.

b.Istilah Khusus                     -Contoh: Papan kekunci,rancangan pengajaran.

c.Simpulan Bahasa                -Contoh :hati batu,harga mati,buaya darat.

d.Bentuk yang telah mantap-Contoh:warganegara,bumiputra,kerjasama.

2.3.4 Bentuk Kata Ganda

Terbahagi kepada 4 jenis penggandaan:

a.Penggandaan penuh           -Contoh:kereta-kereta,pen-pen.

b.Penggandaan Separa         -Contoh:bebola,lelabi,dedaun,bebunga.

c.Penggandaan Berentak      -Contoh:geli-geleman,licin-licau,kayu-kayan..

d.Penggandaan Berimbuhan-Contoh:Berlari-lari,mencari-cari,sayang-menyayangi,tolong-menolong.

MORFOFONEMIK 

kajian tentang kelainan fonologi dlm alomorf.

PROSES MORFOFONEMIK

A. Pengertian morfofonemik

    Morfofonemik adalah cabang linguistik yang mempelajari perubahan bunyi diakibatkan adanya pengelompokan morfem. Berikut pendapat dari beberpa para ahli mengenai morfofonemik;

a.    Nelson francis (1958) menyatakan bahwa morfofonemik mempelajari variasi-variasi yang tampak pada struktur fonemik alomorf-alomorf sebagai akibat pengelompokkan menjadi kata.

b.    Samsuri (1982:28) bahwa morfofonemik merupakan studi tentang perubahan-perubahan fonem yang disebabkan hubungan dua morfem atau lebih serta pemberian tanda-tandanya.

c.    Ramlan, morfofonemik sebagai perubahan-perubahan fonem yang timbul sebagai akibat pertemuan morfem dengan morfem lain.

B. Proses morfofonemik

Morfofonemik bahasa Indonesia dapat dibedakan menjadi enam macam yaitu:

 1.    Penghilangan bunyi

2.    Penambahan bunyi

3.    Perubahan bunyi

4.    Perubahan dan penambahan bunyi

5.    Perubahan dan penghilangan bunyi

6.    Pelomcatan bunyi

Ada beberapa proses morfofonemik dilihat dari sifat pembentukannya. . Proses tersebut adalah proses yang secara otomatis dan proses yang tidak otomatis. Menurut Harimurti Kridalaksana, proses morfofonemik terjadi atas 10 yaitu:

 1. Pemunculan fonem

2. Pengekalan fonem

3. Pemunculan dan pengekanan fonem

4. Pergeseran fonem

5. Perubahan dan pergeseran fonem

6. Pelepasan fonem

7. Peluluhan fonem

8. Penyisipan fonem secara historis

9. Pemunculan fonem berdasarkan poka asing

10. Variasi fonem bahasa sumber

 Sedangkan Ramlan membagi proses morfofonemik menjadi tiga macam yaitu:

1.    Proses perubahan fonem

    Proses perubahan fonem, misalnya terjadi sebagai akibat pertemuan morfem meN- dan peN- dengan bentuk dasarnya.fonem /m/ pada kedua morfem tersebut berubah menjadi /m, n, ny, ng/ sehingga morfem meN-  berubah menjadi mem-, men-, meny-, dan meng- sementara morfem peN- berubah menjadi pem-, pen-, peny-, peng-. Perubahan-perubahan tersebut tergantumg pada kondisi bentuk dasar yang mengikutinya. Kaidah-kaidah perubahannya dapat berikhtisar sebagai berikut:

a.    Fonem /N/ pada morfem meN- dan peN- berubah menjadi /m/ apabila bentuk dasar yang mengikutinya berawal dengan fonem /p, b, f/.

 Misalnya:    meN- + paksa: memaksa

        peN- + periksa: memeriksa

        meN- + batik: membatik

        peN- + buru: pemburu

        meN- + fitnah: memfitnah

        peN- + fitnah: pemfitnah

 


b.    Fonem /N/ pada meN- dan peN- berubah menjadi fonem /n/ apabila bentuk dasar yang mengikutinya berawal dengan fonem /t, d, s/. fonem /s/ di sini hanya khusus bagi beberapa bentuk dasar yang berasal dari bahasa asing yang masih mempertahankan keasingannya.

 Misalnya:    meN- + tulis: menulis

        meN- + duga: menduga

        maN- + sukseskan: mensukseskan

        peN- + tulis: penulis

        peN- + datang: pendatang

        peN- + support: pensupport

 c.    Fonem /N/ pada morfem meN- dan peN- berubah menjadi // apabila bentuk dasar yang mengikutinya berawal dengan fonem /s/ dalam penulisannya tidak dihadirkan, tetapi hanya hadir apabila diucapkan.

Misalnya:    maN- + sapu: menyapu

        peN- +  cukur: pencukur

d.    Fonem /N/ pada meN- dan peN- berubah menjadi /y/ apabila bentuk dasar yang mengikutinya berawal dengan fonem /k, g, x, h, dan vocal/.

 Misalnya:    meN- + kacau: mengacau

        meN- + gertak: menggertak

        meN- + hisap: menhisap

        peN- + urus: pengurus

Pada kata mengebom, mengecat, mengelas, juga terdapat proses moefofonemik yang berupa perubahan, yaitu fonem /N/ menjadi /Y/.

2.    Proses penambahan fonem

    Proses penambahan fonem terjadi akibat pertemuan morfem meN- dan peN- dengan bentuk dasarnya yang terdiri dari satu suku. Fonem penambahnya adalah /?/, sehingga meN- berubah menjadi menge- dan peN- berubah menjadi penge-.

 Misalnya:    meN- + bom: mengebom

        meN- + las: mengelas

        meN- + bur: mengebur

        peN- + bom: pengebom

        peN- + las: pengelas

        peN- + bur: pengebur

 3.    Proses hilangnya fonem

    Proses hilangnya fonem /N/ pada meN- dan peN- terjadi sebagai akibat pertemuan morfem meN- dan peN- dengan bentuk dasar yang berawal dengan fonem /l, r, y, w, dan nasal/.

 Misalnya:    meN- + lerai: melerai

        meN- + ramalkan: meramalkan

        meN- + yakinkan: meyakinkan

        meN- + wakili: mewakili

        meN- + nyanyi: menyanyi

        peN- + lerai: pelerai

        peN- + ramal: peramal

        peN- + warna: pewarna

        peN- + nyanyi: penyanyi

 Fonem /r/ pada morfem ber-, per-, dan ter- hilang sebagai akibat pertemuan morfem-morfem itu berawal dengan fonem /r/ dan bentuk dasar yang suku pertamanya berakhir dengan /r/.

 Misalnya:    ber- + rapat: berapat

        ber- + kerja: bekerja

        ber- + serta: beserta

        per- + ragakan: peragakan

        ter- + rasa: terasa

 Fonem-fonem /p, t, s, k/ pada awal morfem hilang sebagai akibat pertemuan morfem men- dan pen- dengan bentuk dasar yang berawal dengan fonem-fonem itu.

 Misalnya:    meN- + paksa: memaksa

        meN- + tulis: menulis

        meN- + sapu: menyapu

        meN- + karang: mengarang

        peN- + paksa: pemaksa

        peN- + tulis: penulis

        peN- + sapu: penyapu

 Pada kata memperagakan dan mentertawakan fonem /p/ dan /t/ yang merupakan fonem awal bentuk dasar kata itu tidak hilang karena fonem-fonem itu merupakan fonem awal afiks, yaitu per- dan ter-. Demikian juga pada kata-kata menterjemahkan, mensupplay, mengkoordinir, penterjemah, pensurvey, fonem-fonem / t, s, k/ yang merupakan fonem awal bentuk dasar kata itu berasal dari bahasa asing yang masih mempertahankan keasingannya.    

ANEKA PILIHAN 

01 Unsur yang manakah tidak dikaji dalam bidang morfologi? 

A Bentuk kata C Golongan kata B Struktur kata D Penyebutan kata 

02 Apakah ciri bagi morfem yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas? 

I Perlu bergabung dengan bentuk lain II Bersifat bebas dan dapat berdiri sendiri III Bentuk yang bukan imbuhan tetapi kelihatan seperti perkataan IV Morfem yang mempunyai makna walaupun tidak bergabung dengan bentuk lain 

A I dan II C II dan IV B II dan III D III dan IV

 03 Padanan yang manakah betul bagi jenis morfem di bawah? Jenis morfem Contoh morfem 

A Morfem bebas= Belukar, makanan B Morfem terikat satuan= Dikarang, melontar C Morfem terikat terbahagi =Kepantasan, tempurung D Morfem terikat kompleks =Dipertemukan, terperosok 

04 Morfem yang manakah mempunyai alomorf? 

A ke- C -kan B peN- D memper- 

05 Yang manakah benar tentang morfofonem? 

A Gabungan dua morfem terikat atau lebih. B Unit tatabahasa yang terkecil dan mempunyai makna. C Ciri bunyi yang wujud apabila imbuhan dicantumkan pada kata dasar. D Morfem yang utuh dalam bentuknya dan tidak boleh dipecah-pecahkan lagi. 

06 Perkataan yang manakah dibina dengan menggunakan tiga morfem? 

A Berselimut B Kemampuan C Mendermakan D Kesinambungan 

07 Perkataan yang manakah kata dasarnya terdiri daripada kata terbitan? I Melancarkan III Bertandang II Mempercepat IV Kesungguhan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 

08 Bentuk kata yang berikut terbit daripada proses morfologi kecuali A kata ganda C kata terbitan B kata majmuk D kata tunggal 

09 Pilihan yang manakah menunjukkan padanan yang betul antara bentuk kata dengan contohnya? Kata tunggal Kata terbitan Kata majmuk Kata ganda A Petronas Merasmikan Matahari Kait-mengait B Lelayang Pertahanan Anak emas Kemuncup C Kelopak Warganegara Kelahiran Murah-murah D Tumpang Lintang-pukang Tengah hari Jejentik 

10 Ayat yang manakah mengandungi kata ganda semu? I Mereka pulang awal-awal lagi. II Kedua-duanya mahu mandi-manda di situ. III Kanak-kanak yang hilang itu sudah dijumpai semula. IV Hobi mengumpul rama-rama masih diteruskan hingga dewasa. A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 

11 Kumpulan yang manakah yang kesemua perkataannya terdiri daripada kata nama terbitan? A Santapan, jejantas C Pelumba, hantaran B Kerohanian, terpukau D Keputusan, rumpun 

12 Kata majmuk yang manakah dibina daripada kata tunggal dan kata terbitan? I Ambil berat III Ejen B Kemampuan perumahan II Pencetak warna IV Laporan tahunan A I dan II C I dan IV B II dan III D III dan IV 

13 Yang manakah contoh kata akronim yang terbentuk daripada gabungan suku kata dengan suku kata daripada serangkaian perkataan? A Perkim C ADUN B Mabbim D Bernama 

14 Konsep yang dinyatakan di atas adalah tentang A penggandaan C pengimbuhan B pemajmukan D pengakroniman 

15 Bentuk di atas termasuk dalam golongan A kata nama am tak hidup institusi B kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit C kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang D kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang 

16 Yang berikut ialah ciri-ciri kata nama kecuali I didahului kata bantu III mengikuti kata penguat II diikuti kata tunjuk itu dan ini IV dapat disertai oleh kata bilangan A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 

17 Kumpulan imbuhan yang dapat membentuk kata nama ialah A ke-...-an, ber-...-an C -an, memper-...-i B per-...-an, ke-...-an D -kan, memper-...-kan 

18 Yang manakah golongan kata yang betul bagi imbuhan ke-...-an dalam ayat-ayat di atas? I II III A Kata nama Kata adjektif Kata kerja B Kata adjektif Kata kerja Kata nama C Kata nama Kata kerja Kata adjektif  D Kata kerja Kata nama Kata adjektif Bayangan Perjanjian Senyuman I Kehadirannya disambut dengan meriah. II Pertuturannya yang keindonesiaan itu tidak disenangi pendengar. III Sudah dua kali pasar raya itu kecurian pada tahun ini. Pengulangan keseluruhan kata dasar Pengulangan boleh melibatkan kata tunggal dan kata berimbuhan  

19 Pernyataan yang manakah benar tentang kata kerja? A Boleh didahului oleh kata penguat B Boleh dijadikan perintah dalam ayat minimal C Merupakan unsur inti bagi binaan frasa nama D Menjadi unsur pilihan dalam pembentukan frasa kerja 

20 Yang manakah perkataan yang termasuk dalam kategori kata kerja keadaan? A Menjadi C Membuka B Bercakap D Menjatuhkan

 21 Ayat yang manakah menggunakan kata kerja aktif transitif? A Ayah sudah menjawab surat itu. C Peserta yang tiba lewat telah diketepikan. B Semua orang pergi ke tempat itu. D Keadaan ekonomi negara bertambah kukuh. 

22 Yang manakah struktur yang menunjukkan kata adjektif darjah penghabisan? A se- + kata adjektif + kata nama B se- + kata adjektif + gandaan + kata nama C sama + kata adjektif + dengan + kata nama D lebih + kata adjektif + daripada + kata nama 

23 Ayat yang manakah mengandungi kata adjektif bentuk? A Pokok itu terlalu tinggi. B Rumahnya sangat hampir dengan mahkamah. C Budak itu senang dikenali kerana berbadan bongkok. D Ketua jabatannya amat marah kepada keraninya yang cuai. 

24 Kumpulan perkataan yang manakah tidak tergolong sebagai kata utama? A dan, ladang, hulur C tembok, indah, bungkus B telah, sangat, jangan D kerana, walaupun, tumpah 

25 Kata tugas yang manakah sesuai digunakan sebelum kata kerja dan kata adjektif? I akan III pernah II paling IV tak usah A I dan III C II dan III B I dan IV D II dan IV

26  Antara perkataan berikut, perkataan yang manakah yang mengandungi tiga morfem terikat

27. Pilih keterangan yang benar tentang morfem bebas.                                                           I      Kata tunggal                           III   Kata yang dapat berdiri sendiri           

II     Kata berimbuhan                   IV    Dapat berfungsi sebagai ayat minimal.           A    I, II dan III                              C    I, III dan IV           B    I, II dan IV                              D   II, III dan IV                               28.U nit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu dikenal sebagai  A  bunyi    C  morfem       B  fonem   D  suku kata

29.Kata atau perkataan terbentuk daripada satu morfem atau susunan beberapa morfem. Susunan morfem tersebut akan membentuk kata yang dikenali sebagai: i.Kata Tunggal    ii.Kata Terbitan   iii.Kata Majmuk  iv. Kata Ganda

30.Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan kata tunggal, dan bincangkan jenis-jenis kata tunggal satu suku kata berdasarkan pola suku katanya. Penerangan anda perlu disertakan dengan contoh-contoh perkataan yang sesuai. 

31. Kata terbitan ialah sebarang kata yang telah menerima imbuhan, sama ada awalan, apitan, sisipan, mahupun akhiran. Bincangkan fungsi imbuhan, dan nyatakan jenis-jenis imbuhan mengikut golongan kata yang terbentuk.