Tempoh PKP telah
melangkaui beberapa hari dan meragut ribuan nyawa. Di negara kita kes semakin
meningkat . Begitu juga kematian turut meningkat. Setiap kita dinasihatkan agar duduk di rumah
sahaja dan melakukan perkara yang membawa impak positif bersama-sama ahli keluarga . Rutin hidup kita
benar-benar berubah dan membawa
keharmonian dalam keluarga. Perhubungan kita hanya dapat dilakukan melalui
pelantar digital sebagai wadah yang
selamat untuk mengelakkan pergerakan fizikal. Ada hikmah di sebalik penjarakan
fizikal ini. Ramai sasterawan, ilmuan, usahawan dan golongan-golongan lain
dapat dihimpunkan secara maya. Kita mendapati sambutan dan penyertaan dalam
sesuatu kegiatan sangat mengagumkan. Banyak audiens menyertai webinar,
persidangan, simposium malah ceramah bercorak akademik juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan.Kita
cuma tidak faham mengapakah PdPr tidak begitu berkesan. Kehadiran dan
penyertaan pelajar inkonsisten dan ramai pelajar terus keluar dari Zoom Classroom
atau Google Meet tanpa memberitahu sebab-sebab yang nyata kepada guru mereka.
KPM hendaklah memikirkan satu pendekatan yang lebih menarik agar kehadiran
pelajar penuh dalam setiap sesi PdPr ini.
Sunday, May 30, 2021
PKP 3.0
RUMUSAN SPM
JAWAPAN RUMUSAN
Rumusan membincangkan implikasi pandemiK Covid-19 dan usaha untuk
mengurangkan kadar pengangguran di
negara kita
BAHAN 1 FOKUS 1
(IMPLIKASI PANDEMIK)
1.
Kadar pengangguran di dalam negara terus meningkat
2.
Pencari pekerjaan sukar memperoleh pekerjaan
3.
Beberapa jenis perniagaan menanggung kerugian (gulung tikar)
4.
Kawasan pelanconagn tidak dapat beroperasi
BAHAN 1 FOKUS 2 (USAHA MENGURANGKAN
PENGANGGURAN)
1.
Kerajaan mengambil inisiatif dengan membantu penduduk tempatan yang
kehilangan pekerjaan
2.
Tenaga pekerja tempatan diberi peluang bekerja dalam sektor-sektor
tertentu
BAHAN 2 FOKUS 1(IMPLIKASI
PANDEMIK)
1.
Lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan
2.
Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup
Kesimpulannya, pelbagai pihak mestilah berganding bahu menangani kesan Covid-19 agar kehidupan masyarakat pulih
seperti biasa
KARANGAN RESPONS TERBUKA
KARANGAN RESPONS TERBUKA (70 MARKAH)
1. Fenomena tumbuk rusuk atau makan suap dalam
kalangan kakitangan kerajaan dipengaruhi oleh beberapa faktor. Perbuatan yang menjijikkan = meluat/benci ini menjejaskan imej negara dan mengundang implikasi besar terhadap
masyarakat. Bincangkan.
KEHENDAK
SOALAN
A
.PUNCA
KELEMAHAN
KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI
•
Pembangunan sosiokonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian=ukur
baju di badan sendiri
•
Projek bercambah, pengaliran wang juga meningkat
•
Kerajaan tidak mempunyai satu sistem yang telus dalam aspek pemberian tender
dan projek-projek lain.
•
Golongan yang terlibat mengambil peluang mengaut keuntungan akibat ketiadaan sistem
pemantauan yang berkesan
•
Masalah ini berleluasa apabila tiadanya satu ketelusan dalam dalam sistem
pentadbiran awam Negara.
2.SIKAP
MASYARAKAT YANG TIDAK AMBIL PEDULI
•
Masyarakat merasa perkara ini adalah asam garam=kebiasaan/kelaziman dalam pentadbiran sesebuah negara
•
Menganggap tindakan mengambil rasuah sudah menjadinkebiasaan
•
Tindakan mengambil dan memberi rasuah tanpa rasa malu pada sesiapa.
•
Kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah menjadikan amalan ini
berleluasa terutama di bandar-bandar besar.
3.SIKAP
INDIVIDU
•
Rasuah bermula dengan keputusan peribadi yang digerakkan oleh kemiskinan dan
sifat tamak.
•
Seseorang mula mengambil kesempatan apabila berpeluang untuk mendapatkan
kesenangan atau kemewahan melalui jalan pintas
•
Mendapat didikan awal agama yang baik tetapi mengetepikan pegangan demi
mengejar kebendaan
4.PENGUATKUASAAN
UNDANG-UNDANG YANG LEMAH
•
Tindakan mahkamah yang dianggap tidak setimpal dengan kesalahan perasuah
•
Hukuman yang ringan berbanding jumlah rasuah yang diberi ataupun diambil
•
Memberi pandangan negatif masyarakat terhadap usaha kerajaan membanteras rasuah
•
Hukuman yang ringan merangsang rasa ingin melakukan perkara jijik ini terhadap
pihak tertentu kerana masih mampu menikmati hasil rasuah setelah keluar dari
penjara.
B.
KESAN
5.MENJATUHKAN
IMEJ NEGARA
•
Amalan rasuah merupakan satu pengkhianatan =betray terhadap amanah yang
diberikan
•
Pegawai yang mengamalkan rasuah akan menyebabkan kredibiliti=kewibawaan sesuatu
kementerian atau jabatan terhakis
•
Masyarakat dan pihak luar akan mempersoal akauntabiliti =kebertanggungjawaban serta
integriti sesuatu jabatan apabila berurusan
•
Pembangunan negara boleh terbantut dan rakyat menilai agensi kerajaan dengan
perspektif yang negatif
6.
WUJUD KETIDAKADILAN SOSIAL
•
Amalan rasuah mampu mempengaruhi pentadbiran sesebuah organisasi.
•
Amalan ini membuka peluang kepada pegawai yang tidak jujur untuk menafikan
kelayakan seseorang untuk mengisi kekosongan jawatan di sesebuah jabatan.
•
Pemberian jawatan tanpa mengira kelayakan akan mengurangkan produktiviti negara
kerana penjawat jawatan yang tidak berkelayakan tidak berupaya mengembangkan
potensi sesebuah
syarikat
.
•
Hasilnya tahap kecekapan menjadi rendah
7.AGIHAN
EKONOMI TIDAK SEIMBANG
•
Amalan pilih kasih akan menyubur dalam masyarakat.
•
Pemberian tender dan kontrak kerajaan hanya bertumpu kepada pihak yang mampu
memberikan laba yang besar sahaja.
•
Keupayaan sesuatu syarikat terutamanya dari segi kemahiran dan pengalaman dalam
mengurus dan menyiapkan sesuatu projek tidak dipentingkan
Akhirnya
agihan ekonomi hanya berkisar dalam kelompok yang sama sahaja. Golongan elit=
•
Kualiti tidak dihiraukan sebaliknya kroni yang diutamakan.
8. MENJADI AMALAN DALAM MASYARAKAT
•
Masyarakat menerima amalan rasuah sebagai satu cara untuk berurusan dengan
jabatan kerajaan atau swasta.
•
Setiap urusan akan menyebabkan individu terjebak dengan rasuah.
•
Pemberian kepada seseorang yang telah membantu urusan eharian kita menjdi biasa
sahaja.
•
Masyarakat menjadi biasa dan tidak merasa jijik dengan perbuatan rasuah.
•
Tanggung jawab dan amanah dalam melaksanakan amanah tidak diutamakan lagi.
KESIMPULAN:
Kesimpulannya, kemelut =isu /permasalahansosial ini
perlu diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan lebih baik dan berkesan.
Masyarakat perlu dididik agar membenci rasuah demi membanteras rasuah sehingga
ke akar umbinya.
PEMAHAMAN PT3
PETIKAN PEMAHAMAN UMUM
Dalam
mengatasi masalah kewangan keluarga,
kebanyakan penjual menjual barangan mereka di tepi jalan.
Cara penjualan seperti ini memang membahayakan. Hal ini kerana tiada langkah
keselamatan terhadap pembeli. Persoalannya apakah akan berlaku jika kenderaan yang laju di jalan raya, melanggar penjual dan
pembeli. Malah penjual
menggunakan kereta yang buruk untuk menjual barangan termasuk barangan jenis
makanan. Sudah tentu pembeli tidak ingin membeli jika keadaan dan cara
penghidangan makanan tersebut. Makanan tersebut nescaya terdedah kepada asap dan habuk dari
jalan raya. Sesetengah penjual pula
meletakkan dan mempamerkan barangan mereka di but kereta.
Mengikut pengalaman saya, saya tidak pernah melihat
sebarang pembeli yang membeli barangan mereka. Hal ini sudah pasti disebabkan
oleh keselamatan
dan kebersihan. Si penjual tidak
memikirkan risiko kerana bagi mereka apa yang penting ialah mendapat
keuntungan. Jadi penulis mencadangkan penjual tersebut menjual di kawasan dalam
di sesebuah taman perumahan ataupun di pasar atau di pasar malam. Saya tidak
faham mengapa pihak berkuasa seperti MBSP atau pihak polis tidak mengambil
tindakan terhadap golongan penjual ini.
Setelah diselidik rata-rata penjual ini telah kehilangan pekerjaan akibat penularan virus Covid-19. Sepatutnya golongan seumpama ini dibantu oleh golongan elit yang kaya-raya. Sayang juga ada antara penjual berharap mereka dapat menjual di bazar Ramadan tetapi dibatalkan oleh kerajaan secara serta-merta. Ada yang sudah membayar tapak sewa dan ada yang telah menempah dua tapak untuk menjual juadah berbuka puasa. Walaupun sewa tapak itu sekitar RM5 sehari tetapi harapan mereka untuk menjual telah berkecai.Ada peniaga sudah lebih 20 tahun berniaga di bazar Ramadan. Mereka tidak menyangka keputusan drastik kerajaan negeri dengan penutupan bazar Ramadan. Tindakan mendadak kerajaan ini telah menyebabkan beberapa orang peniaga seakan-akan hilang arah. Ada yang berhabis wang sehingga RM4,000 untuk membeli segala bahan dan barang keperluan untuk menyediakan makanan yang akan dijual pada hari pertama Ramadan. Ramai peniaga baharu yang ingin mencuba nasib dalam perniagaan pula terpaksa berhutang dengan rakan dan menggadaikan barang kemas untuk mendapatkan wang pelaburan. Sepatutnya pengumuman penutupan bazar hendaklah dibuat lebih awal sebelum Ramadan kerana kebanyakan peniaga bazar sudah membuat persiapan dan sudah tentu mereka tidak mahu kerugian. (OLEH DR.R.DHANAPAL)
SOALAN PEMAHAMAN
1.Nyatakan maksud frasa, “berhabis wang” =banyak
membelanjakan wang dengan sia-sia/membazir
2.Nyatakan maksud frasa, “berhutang dengan rakan”
=wang yang dipinjam daripada kenalan
3.Apakah modus operandi penjual-penjual di tepi
jalan?
a.penjual
menggunakan kereta yang buruk untuk menjual barangan termasuk barangan jenis
makanan
b.Sesetengah
penjual pula meletakkan dan mempamerkan barangan mereka di but kereta.
4.Pada pandangan penulis, beliau tidak pernah
melihat sebarang pelanggan membeli barangan di tepi jalan. Mengapa?
a.Keselamatan- kenderaan
yang laju di jalan raya, melanggar penjual dan pembeli
b.Kebersihan- terdedah kepada asap dan habuk dari jalan raya.
5..Apakah masalah yang dihadapi oleh penjual di bazar Ramadan?
a. kehilangan pekerjaan akibat penularan
virus Covid-19.
b. bazar Ramdan dibatalkan oleh kerajaan
secara serta-merta
c. beberapa orang peniaga
seakan-akan hilang arah
d. terpaksa berhutang dengan rakan
dan menggadaikan barang kemas untuk mendapatkan wang pelaburan.
a. kerajaan bimbang
akan penularan Covid-19 sebab bazar Ramadan itu sesak
b.pembeli dan penjual
tidak mematuhi prosedur keselamatan
c.kesesakan kenderaan
d. ketidakcekapan
kakitangan awam
Sekiranya saya ialah salah seorang pegawai kerajaan, saya akan
a.menyediakan
sebuah tapak niaga yang baharu
b.berurus
dengan pihak bank untuk mendapatkan bantuan kredit
c.
mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan spt Penjana, BPN dsb
d.menyeru
badan-badan bukan kerajaan atau swasta tampil membantu golongan peniaga di tepi
jalan=bantuan makanan , pakaian dan wang belanja
ULASAN PT3
TULISKAN ULASAN MENGENAI LANGKAH BERLAKUNYA KEMALANGAN DALAM KALANGAN WARGA SEKOLAH
FORMAT PENULISAN: PENDAHULUAN+
ISI TERSURAT +ISI TERSIRAT+KESIMPULAN=80-100 PERKATAAN= 1 perenggan
Belakangan ini banyak kita dengar kejadian kemalangan di kawasan sekolah seperti keruntuhan struktur bangunan, ditimpa kipas siling atau tiang gol serta kemalangan di makmal sekolah dan tandas.Kejadian seumpama ini dapat dielak jika aspek keselamatan dititikberatkan oleh pihak sekolah sendiri. Pihak sekolah harus memberi latihan yang mencukupi kepada semua warga sekolah. Guru yang mengiringi pelajar untuk program di luar sekolah atau mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum khususnya, hendaklah memastikan perjalanan dan program yang disertai selamat. Yang menyedihkan ialah, masih banyak sekolah tidak mempunyai Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Warga Sekolah. Sekolah bukan hanya tempat untuk mendidik dan melahirkan insan yang berguna tetapi juga perlu memastikan sekolah tersebut dalam keadaan selamat, sihat dan sejahtera. Keselamatan boleh dilakukan dengan bantuan agensi lain termasuk NIOSH dan Jabatan Kerja Raya (JKR) selain persatuan yang mewakili pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Langkah itu membolehkan sekolah terbabit dapat mengenal pasti semua bahaya dan risiko di premis mereka sekali gus dapat mencari penyelesaian terbaik bagi menghalang berlakunya kemalangan.
ULASAN CONTOH
Petikan membincangkan langkah-langkah menjaga keselamatan di sekolah. Pihak sekolah harus memberi latihan yang mencukupi kepada semua warga sekolah. Warga sekolah dapat menjaga keselamatan masing-masing apabila berada di sekolah.Selain itu guru yang mengiringi pelajar untuk program di luar sekolah , hendaklah memastikan perjalanan dan program yang disertai selamat. Dalam hal ini guru hendaklah memastikan keadaan kenderaan dan tempat sesuatu pertandingan itu selamat. Di samping itu keselamatan di sekolah boleh dilakukan dengan bantuan agensi lain. Agensi-agensi dan pihak swasta hendaklah dihubungi oleh pengetua untuk mendapatkan nasihat mengenai keselamatan di sekolah. Kesimpulannya, keselamatan di sekolah sangat penting agar pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan selamat 104 perkataan
Monday, May 24, 2021
KELAS BM MEN RENDAH
KELAS BM MENENGAH RENDAH DALAM
TALIAN
Soalan
1 – 7
Lengkapkan
ayat-ayat yang berikut dengan memilih perkataan yang paling sesuai.
1
“Tunas ini diambil _________bahagian batangnya,” kata pegawai pertanian itu.
A.
di
B.
dari
C.
pada
D.
daripada
2
_________ Majlis Hari Kecemerlangan Murid telah melakukan beberapa kesilapan
ketika menyebut nama-nama pemenang.
A.
Juruacara
B.
Juruulas
C.
Juruhebah
D.
Jurubahasa
3
Cikgu Zawiyah _______bilangan pelajar yang akan menyertai rombongan ke Cameron
Highlands setakat empat puluh orang sahaja.
A.
mengira
B.
mengehadkan
C.
menghadkan
D.
menganggar
4
Semenjak demam, bayi itu asyik _______dan tidak mahu berenggang dengan ibunya.
A.
meratap
B.
merungut
C.
meracau
D.
merengek
5
Jadual kegiatan yang ketat dan ______ telah menyebabkan pekerja kilang itu
terkejar-kejar untuk menyiapkan tugasan mereka.
A.
padat
B.
santak
C.
suntuk
D.
sendat
6
Usaha-usaha untuk menarik kereta yang terhumban ke dalam itu gaung itu menemui
________kerana jurang sangat dalam.
A.
jalan mati
B.
jalan buntu
C.
jalan belakang
D.
jalan pintas
7
Orang ramai yang tinggal di sekitar Bandar Segamat_______ke pejabat kami untuk
mendapatkan borang membeli rumah murah.
A.
berarak-arak
B.
berpusu-pusu
C.
berasak-asak
D.
bertalu-talu
Soalan
8 - 14
BETULKAN
AYAT YANG SALAH. JIKA TIDAK BIARKAN.
8
Setelah termenung sejenak, murid itu menggoyangkan kepalanya
apabila guru mengajukan soalan yang memerlukan
daya pemikiran yang tinggi.
9
Jika sistem penjualan melalui internet berkembang pesat mungkin pada masa akan
datang kita tidak perlu keluar daripada rumah untuk membeli-belah.
10
Jika dinilai dari sudut positif, penubuhan jawatankuasa disiplin itu dapat meningkatkan
kesedaran dalam kalangan pemimpin tentang tanggungjawab mereka terhadap
kebajikan rakyat. Tiada kesalahan
11
Pelajar yang cergas dalam pelajaran mampu berjaya dengan gemilang pada masa
hadapan.
12
Mangsa kemalangan itu ditenangkan oleh ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dan diberikan
bantuan kecemasan sebelum dihantar ke hospital.
13
Meskipun harga perabot yang dibeli oleh Puan Salmah amat mahal, malah beliau
tetap berpuas hati kerana masih elok setelah digunakan bertahun-tahun
14
Salim terjumpa sebuah dompet ketika berjalan pulang dari sekolah lalunmelaporkan
tentang perkara itu di balai polis.
Soalan
15 -17
Pilih
ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
15
I Penduduk kampung telah menemukan bekas tapak kaki harimau di kebun getah
mereka.
II
Bekas wakil rakyat kawasan itu telah meninggal dunia malam tadi.
III
Orang tua itu menyusun beberapa bekas kayu api di belakang rumahnya.
IV
Suraya mengisi bekalan ke tempat kerja di dalam bekas plastik berwarna putih.
A.
I,II,dan III sahaja
B.
I,II,dan IV sahaja
C.
I,III, dan IV sahaja
D.
II,III,dan IV sahaja
16
I Kami sekeluarga akan pulang ke kampung jika ada kesempatan.
II
“Gunakanlah kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya, “kata penceramah kepada
para peserta kursus.
III
Sabri telah membuang majalah-majalah lama di biliknya kerana tiada kesempatan
ruang.
IV
Asap yang tebal menyebabkan mangsa kebakaran itu kesempatan udara dan sukar
untuk bernafas.
A.
I dan II sahaja
B.
III dan IV sahaja
C.
I, II dan III sahaja
D.
I, II dan IV sahaja
17
I Perahu nelayan yang tertambat pada sebatang tiang itu terolang-aling dipukul ombak.
II
Dia tetap akan meneruskan cita-citanya walaupun tertambat oleh kemiskinan keluarga.
III
Hati pelancong itu tertambat oleh keindahan pulau-pulau di Malaysia
IV
Lembu yang tertambat di pokok itu kepunyaan Wak Lan.
A.
I dan III sahaja
B.
II dan IV sahaja
C.
I, III dan IV sahaja
D.
II, III dan IV sahaja
Soalan
18 - 21
Bahagian
yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan
sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.
18
Pencapaian banyak ahli-ahli sukan negara merosot setelah mereka berjaya dalam sesuatu
kejohanan besar.
A.
banyak ahli sukan ahli sukan negara
B.
banyak ahli sukan negara
C.
banyak ahli-ahli sukan-sukan negara
D.
banyak ahli-ahli sukan negara
19
Dia mengalami kesusahan yang teramat sangat setelah mengalami lumpuh seluruh anggota
badan.
A.
susah yang sangat
B.
kesusahan yang amat tersangat
C.
susah yang tersangat
D.
kesusahan yang teramat sangat
20
Murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum akan diberi biasiswa
untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.
A.
di dalam bidang akademik dan kokurikulum
B.
di bidang akademik dan kokurikulum
C.
pada bidang akademik dan kokurikulum
D.
dalam bidang akademik dan kokurikulum
21
Pelancong itu bertanyakan kepada saya jalan ke Menara Kuala Lumpur.
A.
bertanya saya
B.
tertanya-tanya kepada saya
C.
bertanya kepada saya
D.
bertanyakan kepada saya
Soalan
22 - 24
Pilih
ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang
dicetak tebal.
22
“Tukar pakaian kamu dan berbaris di padang dalam masa sepuluh minit, “kata Cikgu
Sahar kepada murid-muridnya.
A.
Dalam masa sepuluh minit, murid-murid perlu menukar pakaian dan berbaris di padang.
B.
Murid-murid diarahkan oleh Cikgu Sahar agar menukarkan pakaian dan berbaris di
padang dalam masa sepuluh minit.
C.
Cikgu Sahar mengarahkan murid-muridnya agar berbaris di padang untuk menukar
pakaian dalam masa sepuluh minit.
D.
Cikgu Sahar memberikan masa selama sepuluh minit kepada murid-muridnya untuk
bertukar pakaian dan berbaris di padang.
23
Kerajaan memberi tempoh selama dua bulan kepada pendatang tanpa izin untuk
keluar dari Malaysia tanpa sebarang tindakan undang-undang.
A.
Kerajaan tidak akan mengenakan sebarang tindakan undang-undang kepada pendatang
tanpa izin yang keluar dari Malaysia dalam tempoh dua bulan.
B.
Sebarang tindakan undang-undang tidak akan dikenakan kepada pendatang tanpa
izin yang keluar dari Malaysia selama dua bulan.
C.
Pendatang tanpa izin harus memanfaatkan tempoh dua bulan yang diberikan oleh
kerajaan Malaysia untuk keluar dari negara ini.
D.
Sekiranya tidak mahu dikenakan sebarang tindakan undang-undang, pendatang tanpa
izin yang berada di Malaysia harus segera keluar dari negara ini.
24
Pengetua itu menasihati pelajar-pelajarnya agar bersungguh-sungguh supaya dapat
menjadi cendekiawan yang berguna kepada bangsa dan negara.
A.
Untuk menjadi bangsa yang berguna kepada negara pelajar-pelajar perlu menjadi
cendekiawan dengan belajar bersungguh-sungguh sebagaimana amanat pengetua.
B.
Pelajar-pelajar dinasihati oleh pengetua supaya belajar dengan tekun untuk
menjadi
cendekiawan yang dapat berkhidmat kepada bangsa dan negara.
C.
Pelajar-pelajar dinasihati pengetua agar belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi
bijak pandai yang ingin berkhidmat kepada bangssa dan negara.
D.
Demi bangsa dan negara maka pelajar-pelajar digesa oleh pengetua untuk menjadi
cendekiawan yang belajar dengan bersungguh-sungguh.
Soalan
25 - 27
Pilih
ayat-ayat yang betul
25
I Anak sulung Pak Ali diperisterikan dengan gadis sekampungnya.
II
Banyak perbezaan antara Ramli dan Razali walaupun mereka kembar.
III
Kami sekeluarga akan melancong ke Pulau Pinang dan Kedah pada cuti ini.
IV
Saya sama sekali tidak pernah mencacinya, justeru memuji sikap baiknya terhadap
saya.
A.
I dan II sahaja
B.
II dan III sahaja
C.
IIIdan IV sahaja
D.
I dan IV sahaja
26
I Penjenayah itu telah dijatuhi hukuman yang berat oleh hakim
II
Tragedi tsunami telah mengorbankan ramai nyawa.
III
Hotel bertaraf lima bintang itu menawarkan pakej yang amat menarik kepada para pelancong
sempena Tahun Melawat Malaysia
IV
Kepulangan abang disambut dengan tangisan gembira oleh kami sekeluarga.
A.
I, dan II sahaja
B.
I, dan III sahaja
C.
II, dan III sahaja
D.
III, dan IV sahaja
27
I Air sirap yang dibuat kakak terlalu manis kerana terlebih gula.
II
Ibu dan ayah merenjis air mawar kepada pasangan pengantin di atas pelamin.
III
Hajar sedang tawar-menawar harga tudung yang hendak dibelinya di pasar malam.
IV
Syarikat telekomunikasi itu akan memberikan rebat sebanyak 15% kepada para penggunanya.
A.
I dan II sahaja
B.
II dan IV sahaja
C.
I, III dan IV sahaja
D.
II, III dan IV sahaja
Soalan
28 hingga Soalan 30
Pilih
peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
28
“Zakuan, kamu berhak menyelesaikan masalah itu tetapi kamu mestilah
berhati-hati agar tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung,”kata Encik kepada
anaknya. Nasihat di atas sesuai dengan peribahasa…
A.
menangguk di air keruh
B.
sebelum ajal berpantang mati
C.
sudah terantuk baru terngadah
D.
menarik rambut di dalam tepung
29
Keamanan negara yang kita kecapi hari ini ialah hasil sumbangan anggota-anggota
keselamatan tanah air yang tidak pernah takut berkorban di medan perang dalam memperjuangkan
kemerdekaan dan kedaulatan tanah ibunda yang tercinta. Bagi mereka
A.
alang-alang berdakwat biar hitam
B.
biar putih tulang jangan putih mata
C.
biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
D.
buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
30
Peribahasa “belum duduk sudah belunjur”bermaksud
A.
membuat sesuatu kerja yang sepatutnya sebelum sampai masanya lagi
B.
melakukan sesuatu perkara sebelum diarahkan untuk mengerjakannya
C.
membuat kerja sambil lewa dan mengambil masa terlalu lama
D.
menyiapkan sesuatu kerja secara tergopoh-gapah dan tidak sedar
Soalan
31 hingga 35
Baca
petikan bukan komsas di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Sebuah
kandang agak besar menarik perhatian Mun. Dengan langkah penuh waspada, Mun
menghampir kandang itu. Berhati-hati.
Hoi!
Seekor
kucing berbulu lebat mengintai dari celah-celah jejaring besi. Mun terpegun
seketika. Seumur hidup Mun, inilah kali pertama Mun melihat kucing secantik
itu. Bulunya panjang, lebat, dan terurus rapi. Matanya bulat bersinar berwarna
jingga. Tubuhnya besar dan gemuk. Berbeza benar dengan tubuh Mun yang kurus dan
kotor.
-Siapa
kau?
-Namaku
Amades Gonzales Johnhem. Tapi tuan aku panggil aku Jonny sahaja. Kau siapa?
-Aku
Mun.
Tiba-tiba
Johny meledakkan ketawa besar. Nyaring. Mun terpinga-pInga kehairanan.
-Kenapa
kau ketawa?
Jonny
terkekeh-kekeh memegang perut, menghabiskan sisa tawanya.
-Nama
kau tu, buruk betul!
Mun
berasa geram mendengar kata-kata Jonny yang berupa penghinaan itu. Pantang bagi
Mun namanya dipersenda-sendakan.
-Kau
jangan ketawakan aku! Apa nama kau tu bagus sangatkah?
Mun
marah-marah. Jonny hanya tersenyum sinis menambahkan lagi sakit hati Mun. Mun
marah-marah. Jonny hanya tersenyum sinis menambahkan lagi sakit hati Mun.
-Eh,
tentulah ! Aku ini kucing Parsi daripada baka terbaik. Ibu bapaku dulu adalah
juara dalam pertandingan anjuran Persatuan Pencinta Kucing Malaysia. Buluku
panjang dan lebat, memang berpadanan sekali dengan namaku yang lebat. Tuan aku
pun amat sayang kepadaku.
Jonny
mencebik, penuh kebanggaan.
Mun
terlongo. Perasaan marah dan kagum saling berbaur. Terasa betapa kerdilnya diri
mun berbanding Jonny. Mun hidup serba kekurangan. Jonny pula disaluti
kemewahan. Alangkah bertuahnya Jonny! Hati Mun berbicara sendiri.
31
Mun berasa terpegun kerana dia melihat
A.
bulu kucing yang panjang
B.
kucing yang sangat cantik
C.
jejaring kandang yang kukuh
D.
sebuah kandang yang begitu besar
32
Berdasarkan petikan, perkataan disaluti kemewahan sesuai digantikan dengan
A.
dilimpahi kekayaan
B.
dilimpahi kepuasan
C.
diselubungi kebahagiaan
D.
diselubungi keselesaan
33
Perlakuan Jonny yang menghina Mun menunjukkan Jonny
A.
tidak suka berkawan
B.
suka membangga diri
C.
mementingkan diri sendiri
D.
gemar bertindak mengikut perasaan.
34
Nyatakan teknik yang digunakan dalam petikan.
A.
Dialog
B.
Monolog
C.
Imbas kembali
D.
Monolog dalaman
35
Pernyataan yang berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam cerpen “Pertemuan”,
kecuali
A.
Sikap manusia yang tidak bertimbang rasa.
B.
Ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup.
C.
Rasa kasih sayang terhadap haiwan peliharaan.
D.
Haiwan yang menimbulkan masalah kepada manusia.
SYAIR
MUNGKIR JANJI
Tuan
berjanji berpegang tangan,
Mengaku
bersama menyingsing lengan,
Tidak
peduli tegah dan jangan,
Umpama
sungai tiada berhalangan.
Tetapi
akhirnya apalah sudah,
Beberapa
lama tangan menadah,
Rupanya
tuan meluahkan ludah,
Umpama
biawak bercabang lidah
Tidakkah
ingat tuan berkata,
Mahu
bersama hina dan leta,
Daripada
hidup berputih mata,
Biarlah
tulang tercampak ke kota.
Tidak
kusangka tuan tak ingat,
Umpama
lebah membuang sengat,
Bila
terasa api yang hangat,
Lekas
benar tuan merengat.
Kalau
begitu aku berpesan,
Riwayat
kita hapuskan kesan,
Supaya
tidak berhati bosan,
Hilang
segala resah dan resan.
36
Berdasarkan rangkap pertama syair, apakah janji yang termeterai antara penyair
dengan
sahabatnya?
A.
Tidak mempersoalkan kesusahan hidup yang dihadapi
B.
Sentiasa bersama walau di mana-mana sahaja mereka berada
C.
Setiap susah dan senang dalam kehidupan diharungi bersama-sama
D.
Tidak membiarkan perasaan resah dan gelisah daripada mengganggu kehidupan mereka
Bila
terasa api yang hangat
Lekas
benar tuan merengat
37
Kedua-dua baris dalam rangkap ke-4 syair menjelaskan sikap seseorang yang…
A.
mudah hilang tumpuan dalam pekerjaan yang dilakukan.
B.
tidak sanggup menghadapi cabaran.
C.
tidak mementingkan persahabatan.
D.
mudah menyalahkan orang lain.
38
“Umpama biawak bercabang lidah” memaparkan penggunaan gaya bahasa
A
metafora
B
paradoks.
C
simile
D
anafora
39
Yang berikut ialah pengajaran yang terdapat dalam Syaur Mungkir Janji kecuali
A.
pilihan kawan yang dapat member kesenangan dalam hidup
B.
kita perlu sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan hidup
C.
setiap janji yang kita buat hendaklah ditunaikan.
D.
kita hendaklah berhati-hati apabila memilih kawan.
40
Apakah tema "Syair Mungkir Janji"?
A
Perasaan kecewa akibat ditinggalkan kekasih
B
Penghinaan terhadap seorang wanita
C
Perbuatan mungkir janji merupakan amalan yang buruk
D
Sikap mementingkan diri menyusahkan kehidupan
NYATAKAN 3 PERIBAHASA BAGI PETIKAN BERIKUT
Perbuatan Poon Ooi Yee memang tidak dapat dimaafkan.
Ayahnya, Encik Poon Tan Chook benar-benar kecewa akan tindakan anak
kesayangannya. Encik Poon sentiasa memenuhi kehendak Poon Ooi Yee dan
menjaganya dengan penuh kasih sayang. Tindakan Poon Ooi Yee menjual kereta
Mercedes milik Encik Poon tanpa pengetahuannya sangat melampau. Hancur luluh
hati isteri Encik Poon yang turut menyayangi anak tunggalnya itu. Dia tidak
menyangka kebaikan yang telah diberi kepada Poon Ooi Yee selama itu dibalas
dengan perbuatan yang tidak baik tersebut. Encik Poon berjanji akan menghukum
anaknya yang tidak tahu mengenang budi dan jasa keluarganya itu. Perbuatan Poon
Ooi Yee itu sungguh tidak bertanggungjawab.
PERBINCANGAN
KARANGAN
BEBERAPA
BUAH BADAN SUKARELA DI TEMPAT ANDA INGIN MEMBERI SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT
DAN NEGARA. SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB APAKAH SUMBANGAN YANG
DAPAT ANDA CADANGKAN KEPADA NEGARA KITA YANG TERCINTA
Sumbangan badan sukarela kepada negara? 5+0
membantu
kerajaan=meringankan beban=malapetaka=memindahkan mangsa/ memberi bantuan perubatan/menyediakan makanan/tempat
tinggal/pakaian dsb=membantu gol miskin menyediakan kelas-kelas akademik atau
kemahiran
memberi
idea=rancangan kerajaan=input berguna=profesional=peguam, akauntan, ahli
ekonomi dan doktor =pembinaan projek, these people give ideas=cth sebelum sst
kawasan dibangunkan, BS boelh memberi nasihat dari segi landskap, struktur.
tekstur tanah dsb enviromentalis=memberi idea kepada orang awam seperti WFLA,
Persatuan Pengguna dsb
menjaga flora dan fauna=pastikan keadaan alam sekitar
bersih =
menjaga
haiwan tidak diburu =haiwan yg semakin pupus=elakkan kepupusn sesuatu
tumbuhan=mujarab penyakit
meningkatkan
infrastruktur negara=sediakan prasarana spt bangku duduk. Alat-alat gym,
tandas, tempat berehat di taman rekreasi
atau di hutan lipur=BS juga bersuara apabila kemudahan awam dirosakkan= membuat
kempen untu antivandalisme
menjamin
keselamatan negara= membantu membasmi jenayah di kawasan=sanggup membuat rondaan keselamatan-mata dan telinga
kepada polis=aktif dalam semangat kejiranan =aktifkan Rukun tetangga