Friday, September 17, 2021

AYAT PASIF

 LATIHAN AYAT PASIF MERUJUK BUKU PEMANTAPAN 394

1.Pencuri itu kena tangkap oleh polis

2. Diri pertama=buku itu saya  baca   diri kedua= ibu bapa patut anda hormati   diri ketiga= kereta itu dibeli oleh ayah  terbeli oleh ayah   di/ter  sama maksud

3.ke…an    ber… 

Mereka sudah kemalangan

Surat saya sudah berjawab

 

Kkt  +  o  +  keterangan kata tugas

Kkt   +  O  +keterangan kata tugas

 

1.BUKU ITU DIBACA OLEH ALI APABILA ADA KELAPANGAN  =APB

APABILA ADA KELAPANGAN DIBACA OLEH ALI  BUKU ITU =AS

DIBACA OLEH ALI BUKU ITU APABILA ADA KELAPANGAN  =APS

 

2.SAYA MENCADANGKAN PERKARA ITU.

PERKARA ITU SAYA CADANGKAN =APB

SAYA CADANGKAN PERKARA ITU=APS

 

3.SAYA MELAPORKAN KEJADIAN ITU KEPADA POLIS =AAT

KEJADIAN ITU SAYA LAPORKAN KEPADA POLIS=APB

KEPADA POLIS KEJADIAN ITU SAYA LAPORKAN =APB

KEPADA POLIS SAYA LAPORKAN KEJADIAN ITU =APB

SAYA LAPORKAN KEJADIAN ITU KEPADA POLIS =APS

 

4.MEREKA MENANAM JAGUNG DI TEPI BUKIT ITU=AAT

JAGUNG DITANAM OLEH MEREKA DI TEPI BUKIT ITU=APB

DI TEPI BUKIT ITU JAGUNG DITANAM OLEH MEREKA =APB

JAGUNG DI TEPI BUKIT ITU DITANAM OLEH MEREKA=APB

DITANAM (JAGUNG)OLEH MEREKA (JAGUNG) DI TEPI BUKIT ITU =APS

 

5.SAYA MENENDANG BOLA ITU DENGAN KUAT=AAT

DENGAN KUAT SAYA TENDANG BOLA ITU=APB

BOLA ITU SAYA TENDANG DENGAN  KUAT =APB

SAYA TENDANG BOLA ITU DENGAN KUAT =APS

 

Thursday, September 16, 2021

COVID AND AGED PARENTS

 If you have teens or young adults, how are they doing with the COVID-19 news? They are taking it very seriously and don't let their parents leave the house. They keep telling them not to leave (whether it's for groceries or a short trip or to attend to some business). They are taking it most seriously than their aged parents.

MULTITASKING

 Bukan mudah bagi seseorang guru mengajar subjek yang berlainan di peringkat prauniversiti seperti di tingkatan enam. Jika mereka berminat dan suka mengajarnya tiada masalah bagi mereka. Namun persediaan bahan pengajaran sebelum masuk ke kelas adalah lebih penting. Katakan untuk enam bawah seorang guru mengajar tajuk Kenegaraan Malaysia dan pada masa yang sama untuk enam atas pula beliau mengajar tajuk Asean-penubuhannya dan pencapaiannya. Guru yang sama juga mungkin mengajar tajuk Fonologi untuk enam bawah. Jadi berapa banyak subjek yang diajar oleh guru tidaklah penting. Yang penting ialah adakah beliau mempunyai bahan atau pengetahuan yang mencukupi dalam kesemua subjek tersebut.  Pelajar-pelajar pada hari ini mudah menilai seseorang guru. Untuk mengelakkan guru itu daripada diaibka, maka eloklah beliau menyediakan bahan pengajaran dan latihan untuk pelajar. Tabiat segelintir guru masuk ke kelas tanpa sebarang bahan rujukan di tangannya hendaklah dikikis. Walaupun mereka sudah menghafal fakta dan menguasai sesuatu topik dengan baik, tetapi masuk ke kelas tanpa sebarang latihan atau nota kepada pelajar adalah tidak beretika. Sebaik sahaja habis mengajar, guru hendaklah menguji kefahaman pelajar dengan memberikan latihan sama ada secara formatif atau sumatif, boleh diuji sama ada secara kuiz ataupun secara bertulis. Respons atau reaksi pelajar terhadap pelajaran hari tersebut akan membantu guru mengajar lebih baik lagi di samping menyediakan lebih banyak latihan kendiri kepada pelajar

POSTMODERN LIFE

in this postmodern life, it is difficult for us to maintain intellectual honesty at all times. It is difficult also to uphold the noble values ​​that have been learned and practiced. What we are practicing now is a pseudo-life or living in hypocrisy. What we have been doing is for the satisfaction of others, not for our own satisfaction. As long as we have a family, we must sacrifice our every desire. We are Easterners. That is how we were educated and nurtured. We can no longer be self-centric. As long as you have your family you have to sacrifice for your family. This is taught by my religion. In an effort to satisfy the desires of every family member, I am also constantly questioning that am I a good or an effective father or husband? Do I feel accountable and truly dedicated myself to my beloved family? These are the questions that often hover in my mind. Whatever is I am praying to the Almighty to forgive me if I fail in carrying out my responsibilities. There is a quote in Bhagavad Geetha that a family head should be fully responsible for his family. And another quote I have been trying to follow in my life so far is "do something without expecting anything in return".I can not do it all for free. I'm also expecting a reward. I need material to continue this survival. I can’t do it all to someone who is not a member of my family for free. The heart feels satisfied and happy when someone benefits from my actions.

B40

 Saya berasa agak simpati dan terkelindan kerana  ada pelajar-pelajar yang tidak dapat mengikuti sebarang kelas tuisyen berbayar disebabkan masalah kewangan dan kemiskinan. Boleh dikatakan pelajar yang mengikuti kelas bimbingan persendirian bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan dengan penuh yakin. Mereka diberi latihan yang mencukupi dan dibimbing dengan  pelbagai teknik menjawab oleh tutor mereka.  Bagaimana pula dengan mereka yang tidak mampu? Saya merayu kepada guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar daripada golongan B40 agar mengadakan kelas bimbingan tambahan kepada mereka. Kita tidak mahu pelajar-pelajar yang tidak mampu tercicir atau kandas dalam peperiksaan awam. Seyogianya, cuti sekolah ini perlu dimanfaatkan oleh guru untuk membimbing pelajar-pelajar yang lemah dan miskin. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih sebab ada beberapa orang guru mengadakan kelas seumpama ini sejak awal lagi. Ada antara guru kita sanggup mengeluarkan wang mereka sendiri untuk menambah data bagi pelajar yang tidak mampu. Tahniah juga diucapkan kepada mereka. Kelmarin saya telah menerima satu panggilan telefon dan meminta khidmat saya untuk membantu pelajar SPM daripada golongan B40 di Pulau Pinang. Tanpa berfikir panjang, saya telah bersetuju  untuk membantu mereka secara percuma.

SEMANGAT NASIONALISME SAYA

 SEMANGAT NASIONALISME SAYA PD 16 SEPTEMBER 2021

Hari ini dari pukul 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari membimbing seorang pelajar yang akan menduduki BM kertas Jun ( July Paper) pada minggu hadapan. Memandangkan pelajar ini dari keluarga yang kurang mampu, saya mengendalikannya secara percuma. Saya terkenang ketika saya menduduki  SPM pada tahun 1977, tiada siapa membantu saya sebab saya tinggal di ladang getah. Saya berasa bangga kerana pelajar ini beroleh manfaat pada hari ini.

BAHASA DAN SASTERA

Saya masih meminati bahasa dan sastera kerana saya telah dididik dengan begitu teratur oleh para mahaguru saya ketika itu ( pinjam ayat Dato' Dr. Mohd Anwar Ridhwan) antara lain Abu Bakar Hamid (Penulisan), A. Wahab Ali (Kritikan Sastera), Dharmawijaya (Analisis Puisi Moden), Kak Anis (Teori Filsafat dan Logik) Umar Junus (Teori Sastera), Lutfi Abas (Teori Bahasa) Nik Safiah Karim (Teori dan Amalan Sosiolinguistik) dari UM, Shahnon Ahmad (untuk Masters Kesusasteraan) Ali Ahmad ( Sastera Tradisional) Dr.G.L. Koster (Tipainduk dan Penyelia Tesis saya) dari USM. Malah ada banyak lagi. Saya sudah berguru dengan hampir semua mahaguru yang tersohor di UM dan USM dalam bidang bahasa dan sastera. Oleh sebab itulah ilmu-ilmu ini sudah melekat di dada dan tidak dapat dilupakan. Kini saya sebarkan ilmu itu kepada generasi muda.

BM STANDARD

BAHASA MELAYU STANDARD

MENURUT EMPUNYA CERITA, TERDAPAT PERKATAAN RAJA BENUA SIAM. SEJAK ZAMAN DAHULU LAGI NEGERI SIAM DIKENALI SEBAGAI SYAHRUNNUWI. RAJANYA IALAH BUBUNNYA. RAJA-RAJA DI BAWAH ANGIN TUNDUK KEPADANYA. SETELAH KEDENGARAN KE BENUA SIAM BAHAWA MELAKA, SEBUAH NEGERI YANG BESAR, TIDAK TUNDUK KEPADANYA. PADUKA BUBUNNYA MENYURUH ORANG KE MELAKA HENDAK MINTA SURAT SEMBAH. NAMUN DEMIKIAN SULTAN MUZAFFAR SYAH ENGGAN TUNDUK KEPADA SIAM.

MORFOLOGI DAN SINTAKSIS

 KATA KERJA TRANSITIF IALAH

1.KATA KERJA YANG ADA OBJEK DI BELAKANG

2.AYAT TERSEBUT BOLEH DIPASIFKAN

 

ALI MENENDANG BOLA =AYAT TARNSITIF SEBAB ADA KATA KERAJ TRANSIITF

BOLA DITENDANG OLEH ALI

BINA AYAT PENANDA WACANA

1.OLEH ITU. JENAYAH DI NEGARA KITA SEMAKIN MENINGKAT, OLEH ITU LANGKAH YANG TEGAS PERLU DIAMBIL

2. KERAJAAN MENGHANTAR PENDATANG ASING PULANG KE NEGARA ASAL MEREKA, SELAIN ITU KERAJAAN JUGA MENAHAN MEREKA YANG TINGGAL MELEBIHI TEMPOH

BINA AYAT KATA KERJA TRANSITIF

1.MEMBACA = ADIK SAYA SUKA MEMBACA NOVEL-NOVEL SERAM

2.MELUASKAN =AMALAN MEMBACA MEMBANTU KITA MELUASKAN PENGETAHUAN

 

GABUNG 3 AYAT

ALI SAKIT. ALI KEHUJANAN . ALI TIDAK  KE SEKOLAH

ALI YANG SAKIT KERANA KEHUJANAN TIDAK KE SEKOLAH

Penyuntingan bahasa

Semua kesalahan adalah berkaitan ;

Ejaan, imbuhan, kata/istilah , tanda baca dan kesalahan bahasa

( struktur ayat salah= ayat pasif dan ayat transitif )

1.    Dilihatkan=dilihat

2.    Habok=habuk

3.    Bila=apabila

4.    Kepada=pada

5.    Berbisik=berbunyi

6.    Keenam-enam=enam

7.    Tiap=setiap/tiap-tiap

8.    Tambahan pula……namun =walaupun …..namun

9.    Hampa gas=hampagas =vakum

10.                       Bukan =tidak

11.                       Terlalu banyak sekali=banyak sekali

12.                       Alegi=alergi

13.                       Oleh kerana=oleh sebab

 


Wednesday, September 15, 2021

KARANGAN CONTOH

Pandemik Covid-19 mendatangkan pelbagai kesulitan kepada umat manusia di dunia ini. Rakyat Malaysia tidak terkecuali daripada ditimpa musibah oleh pandemik ini.  Saban hari sama ada media perdana mahupun media sosial sering memaparkan pelbagai isu yang kontroversial berkaitan Covid-19 ini.

Antara terbaharu ialah seorang ibu terpaksa menagih simpati orang ramai untuk mendaptakan bantuan  kewangan agar anak-anak kecilnya mendapat sesuap nasi. Dalam hantaran Whatsapp yang dikirimkan kepada umum, ibu tersebut meminta orang ramai memberikan sebarang sumbangan kepada keluarganya agar keluarganya dapat  meneruskan kehidupan. Berita yang tersiar itu menyayat hati pembaca kerana ibu itu terpaksa memberikan anak kecilnya air bergula. Bagaimanapun anak kecilnya tidak dapat menerima minuman itu dan akhirnya anak tersebut bermuntah dan bercirit-birit.

Selain itu terdapat satu lagi kes yang melibatkan pandemik ini, iaitu seorang pemuda sanggup menyelongkar dan menggeledah sebuah mesin ATM di Pulau Pinang untuk mencuri wang. Setelah disiasat, dia mengaku dia dibuang kerja dan dia tidak berwang untuk menjalani rutin hidupnya. Kita tidak pasti sama ada dia mempunyai niat untuk mencuri ataupun biarkan dirinya ditahan polis. Jika ditahan polis, sudah pasti dia akan mendapat makanan untuk beberapa hari sehingga dia didakwa di mahkamah.

Kes yang terakhir terpampang dalam Facebook ialah seorang lelaki telah membunuh diri dengan terjun dari tingkat sepuluh sebuah bangunan di Kuala Lumpur. Video ini cukup mengerikan, tetapi orang ramai diminta jangan menularkannya dalam media sosial kerana kita harus menghormati arwah. Kita difahamakan punca membunuh diri ialah kehilangan perniagaannya lantaran kecelaruan ekonomi pada masa ini.  Akibat muflis, arwah mengalami kemurungan , menghadapi tekanan dan akhir sekali melucutkan nyawanya sendiri

Sudah terang lagi bersuluh bahawa ketiga-tiga kes tersebut dipertalikan dengan keadaan semasa ekonomi negara. Peningkatan kes-kes bunuh diri perlu diberi perhatian yang serius oleh Jabatan Kesihatan negeri. Jabatan Kebajikan Masyarakat pula hendaklah turun ke padang untuk membuat tinjauan terhadap keluarga-keluarga yang tertekan akibat kecelaruan sosial dan ekonomi .

RUMUSAN PT3

Idea utama
Banyak pemandu teksi di Malaysia mengalami serangan jantung.
1. Serangan jantung dalam kalangan pemandu teksi disebabkan oleh tekanan daripada bank, penyewa teksi dan tuan tanah
2. Selain itu, mereka tidak menjalani gaya hidup yang sihat
3.Selanjutnya, mereka tidak mempunyai  tidur yang mencukupi
4. Seterusnya, mereka menangguhkan janji temu atau berhenti mengambil ubat daripada doktor
5. Di samping itu, mereka tidak datang ke IJN untuk menjalani pemeriksaan.
6. Akhir sekali, kandungan kolesterol dan gula yang buruk serta hipertensi yang tidak dikawal dengan baik juga menjadi punca serangan jantung.
Kesimpulannya, pemandu teksi harus mengutamakan kesihatan mereka demi keselamatan diri, keluarga dan penumpangnya.
100 perkataan

KESALAHAN MORFOLOGI SPM

Petikan perbualan ini mengandungi   tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

 

Ejaan, kosa kata , imbuhan, struktur ayat= ayat aktif pasif.

 

Buku itu dibaca oleh saya
Buku itu saya baca
 
Salah :Covid-19 hendaklah kerajan tangani dengan segera
Betul :Covid-19 hendaklah ditangani oleh kerajan dengan segera
 
Hui Ling     : Nathan, cuba membaca berita tentang kes kematian akibat penyakit Covid-19 di negara Indonesia=. Baca
Nathan      :Aduh, malangnya banyak mangsa-mangsa  penyakit Covid-19 yang terkorban. Aduhai, mangsa
Hui Ling     : Warganegara-warganegara Malaysia patut bersyukur …

 

 LATIHAN KESALAHAN EJAAN, IMBUHAN DAN TATABAHASA

(i) Kerajaan sudah meluluskan  undang-undang yang membenarkan pegawai
penguat  kuasa menahan individu yang berkelakuan tidak bermoral.
(ii) Kenaikan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan golongan  berpendapatan rendah.
(iii) Ketua sindiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam serbuan semalam.
(iv) Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah menge syorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ.
MENGEBOMKAN  MENGESAHKAN MENGECATKAN MENGELUT LAN MENGELAPKAN MENGEMOPKAN
(v) Penggunaan e-mel memberikan kemudahan untuk seseorang menyampaikan  mesej dalam beberapa saat sahaja.
(vi) Kempen antidadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.  prokomunis  antitentera  prademokrasi
PRASEJARAH     PRASEKOLAH   ANTI-RUSIA    PRO-AMERIKA  
SE-MALAYSIA  PRO-MUHIYIDIN     PRAZAMAN   ANTI-JEPUN
(vii) Semasa berada di peringkat prasekolah, kanak-kanak diberikan pendedahan awal tentang alam persekolahan.
AKRONIM
TADIKA==TAMAN DIDIKAN KANAK-KANAK =MENGAJAR
TABIKA=TAMAN BIMBINGAN KANAK-KANAK=MENJAGA=MENGAJAR
TASKA=TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK =MENJAGA
TASKI= TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK ISLAM
(viii) Di samping beriadah, kita perlu mengambil makanan seimbang bagi memastikan kesihatan terjamin.
PEDULI=MEMPEDULIKAN   MEMPRAKTIKKAN MEMPLAGIAT=CIPLAK
PERHATI=MEMERHATIKAN  PAMER=MEMPAMERKAN   PUSING=MEMUSING
BERSANTAI=RELAX    ISTIRAHAT=BERSANTAI
(ix) Hasil kajian tentang kualiti alam sekitar itu perlu dianalisis sebelum laporan terperinci dibuat.
(x) Malaysia mampu memajukan bidang ekopelancongan kerana kekayaan  sumber alam semula jadinya.
INTERNASIONAL    ULTRAUNGU     INTRAPERSONAL      TELEFON    JURUJUAL     MULTIVITAMIN     TRIBANGSA    DWIBAHASA  EKASUKUKATA 
(xi) Guru bimbingan itu telah memberikan penerangan  yang jelas tentang profesion=ikhtisas  sebagai pakar bedah.
(xii) Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengetengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia se-Malaysia.   
 MENGETENGAHKAN   MENGETEPIKAN =MENGETEPIKAN 
(xiii) Syarikat pemaju perumahan akan membayar ganti  rugi kepada pembeli yang rumahnya gagal disiapkan  mengikut jadual.
(xiv) Keterampilan =kecekapan=efisien  berbahasa dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu mestilah diperkukuh dari semasa ke semasa.
(xv) Atur cara kejohanan olahraga tahunan yang lengkap dimuatkan  dalam buku program.
(xvi) Nawi selalu menasihati  kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggongnya.
 (xvii) Kebanyakan pelancong  lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di pesisiran pantai Malaysia.
LANCUNG=FAKE/PALSU GETAH LANCUNG=GETAH TIRUAN WANG LANCUNG=WANG PALSU
KAPUR  =MALAY WORD LAPOR  =PERABOT=CALON=INDONESIAN WORDS
(xviii) Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai program kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipererat.
(xix) Ketika mereka mengadakan latihan silat, langkah sumbang  anak muridnya itu telah dikenal pasti oleh maha guru itu.
MAHA  CANTIK  MAHA  BESAR  MAHA  KECIL  MAHA  LUAS  
MAHA  SEMPIT  MAHA  TINGGI  MAHA  RENDAH  
MAHAGURU    MAHASISWA    MAHARAJA   MAHARANI  
(xx) Kemajuan dan modenisasi dalam  bidang komunikasi telah menghasilkan penciptaan alat perhubungan untuk kemudahan manusia sejagat

ISU KRISIS AKHLAK-KARANGAN

 Isu krisis akhlak dan moral golongan remaja di Malaysia semakin membimbangkan. Statistik menunjukkan peningkatan sebanyak 111 peratus dalam tempoh setahun bagi jumlah kes jenayah membabitkan pesalah juvana. Statistik yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menunjukkan berlakunya peningkatan kes remaja saban =setiap tahun.Jadi adalah penting untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong kepada peningkatan masalah sosial  ini agar pencegahan awal dapat dilakukan bagi mengelak pelibatan orang muda dalam masalah sosial

 Dasawarsa ini, bahan-bahan dalam media  elektronik  seperti  televisyen,  radio  dan  laman  sesawang  menjadi  faktor  yang menggalakkan golongan remaja terdedah kepada  masalah sosial. Para remaja dikatakan sebagai golongan yang mudah terdorong untuk mencuba aksi-aksi yang ditonton oleh mereka hingga terbabit dalam kancah sosial. Kecanggihan teknologi membolehkan akses yang mudah kepada remaja terhadap capaian dan sebaran bahan menjadi punca peningkatan jumlah remaja terlibat dalam masalah sosial

 Selain itu, sikap sendiri  remaja juga mendorong kepada kegiatan jenayah.Kekurangan jati diri =maruah=harga diri =identiti menyebabkan  seseorang tidak mempunyai kawalan terhadap diri sendiri. Apabila seseorang mudah hilang kawalan terhadap dirinya sendiri maka dengan mudah membolehkan  seseorang  hilang  arah  dan  terlibat  dengan  unsur-unsur  negatif.  Mereka tiada pembinaan personaliti yang positif  seperti ketiadaan  integriti, sikap dan tingkah laku  yang  baik.  Kegagalan  dalam membina  personaliti  yang  baik  menyebabkan  diri  sendiri  memulakan  langkah  ke  arah  pilihan  yang  salah.

 Di samping itu, keadaan keluarga  remaja juga mendorong kepada masalah sosial ini. Ibu bapa dan ahli keluarga lain tidak melindungi dan membimbing remaja agar para remaja tidak terjebak dalam masalah sosial. Insitusi kekeluargaan yang tidak kukuh akan membantu para remaja membentuk personaliti dan tingkah laku yang negatif. Ikatan keluarga yang longgar ini sudah pasti menyebabkan  remaja terlibat dalam  masalah sosial dan jenayah. Kebanyakan remaja berasal daripada keluarga yang pecah belah. 

 Seterusnya rakan sebaya turut menjadi faktor remaja terlibat dalam kancah sosial. Mereka suka menghabiskan banyak masa dengan  rakan sebaya. Pengaruh terbesar rakan telah membentuk personaliti yang negatif. Remaja mudah mempercayai dan selesa dengan rakan-rakan sebaya mereka berbanding ibu bapa mereka sendiri. Mereka hanya berkongsi masalah  dengan  rakan-rakan  mereka dan  tidak  akan  berkongsi  dengan  ibu bapa  mereka. Pemilihan rakan-rakan yang salah menyebabkan remaja terpengaruh dan terikut dengan sikap dan tingkah laku rakan  mereka. 

 Intihanya, pelbagai faktor yang menyebabkan remaja terlibat dalam kancah sosial telah pun dikenal pasti. Kesemua faktor ini saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Oleh itu remaja perlu diberikan perhatian yang serius oleh pihak yang bertanggungjawab bagi menangani pelibatan remaja dalam masalah salah laku atau jenayah.

EJAAN YANG BETUL

A.Guru melibatkan Chong dalam projek. PELIBATAN CHONG 
B. Guru menglibatkan Chong dalam projek PENGLIBATAN CHONG  TIDAK WUJUD
C. guru menenteramkan chong – guru gagal dalam usaha penenteraman chong
D.Kerajaan melaksanakan program . pelaksanaan program menelan belanja yang besar
E. Kerajaan berlaksanakan program= perlaksanaan TIDAK WUJUD
Berburu= perburuan menambil masa yang panjang
Mengebom     pengeboman ….
Berlancong   = Perlancongan =TIDAK WUJUD
Melancong= pelancongan

RINGKSAN PT3

 Petikan meringkaskan punca-punca berlakunya kesesakan jalan raya di Malaysia. Antara punca yang utama ialah keadaan jalan raya itu sendiri. Di samping itu, pertumbuhan industri automobil yang pesat juga turut menyumbang kepada kesesakan jalan raya di negara kita . Selain itu, punca seterusnya ialah kelembapan perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak diminati oleh pengguna. Selanjutnya, pertambahan pesat penduduk yang berhijrah dari luar bandar ke bandar menjadi punca kesesakan  jalan raya.  Seterusnya kemalangan jalan raya juga merupakan punca terjadinya kesesakan jalan raya. Sementelahan pemandu-pemandu yang baharu sering sesat di jalan juga menyebabkan kesesakan berlaku khususnya di bandar-bandar besar.Akhir sekali, keadaan cuaca juga  menyebabkan kesesakan berlaku.

 

102 patah perkataan

DEWAN SISWA /DEWAN MASYARAKAT

Saya menggalakkan pelajar membaca Dewan Siswa bukan kerana meniru dan menggunakan kosa kata atau kata-kata bombastik mereka. Bagi pelajar yang mencuba nasib dalam penulisan esei atau masih berjinak-jinak dengan penulisan esei, dapatkan flow atau kelancaran bahasa yang digunakan  dalam majalah tersebut. Bagaimana sesuatu idea atau isu dikupas, diulas dan dihurai tanpa kekangan kelancaran.  Bacalah Dewan Masyarakat untuk mengisi fikiran kamu dengan pengetahuan fakta dan data sementara bacalah Dewan Siswa untuk memantapkan penguasaan bahasa khususnya dalam aspek huraian idea.

LATIHAN PERIBAHASA

Lengkapkan dengan peribahasa yang sesuai
 

1 Menolong Rudi __ kerana dia hanya mengharapkan simpati ahli keluarga tanpa mahu berusaha.

A bagai aur dengan tebing=SALING MEMBANTU
B bagai bunyi periau pecah=BUNYI AMAT KUAT
C bagai ayam dimakan tungau=PUCAT
D bagai mendukung biawak hidup=MENAGIH SIMPATI
 
2. Pui Man dikatakan __ kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja.
A bagai pahat dengan penukul=BUAT KERJA APABILA DISURUH
B bagai ayam disambar helang=ORANG YANG HILANG DENGAN TIBA-TIBA
C bagai menatang minyak yang penuh=DENGAN PENUH KASIH SAYANG
D bagai menarik rambut di dalam tepung=BERHATI-HATI MEMBUAT KEPUTUSAN SUPAYA TIDAK SESIAPA RUGI
 
3. Lily yang jelita __ diminati oleh ramai pemuda.
A seperti isi dengan kuku=SANGAT AKRAB
B bagai murai tercabut ekor=BERCAKAP KUAT
C bagai bulan purnama penuh=WAJAH YANG SANGAT CANTIK
D seperti katak di bawah tempurung=TIDAK TAHU DUNIA LUAR
 
4. Puan Lee dan suaminya berasa bimbang kerana keadaan anak mereka ___ setelah terlibat dalam kemalangan.
A seperti cicak makan kapur=MENDAPAT MALU DI SESEBUAH MAJLIS  KERANA KESALAHAN SENDIRI
B bagai telur di hujung tanduk=KECEMASAN
C bagai sirih pulang ke gagang=PULANG KE TEMPAT ASAL
D seperti kerbau dicucuk hidung=MENGIKUT TELUNJUK/ARAHAN
 

5. Walaupun Ming dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka seperti ______
A ular kena palu=JALAN YANG BERSELEKOH
B batu jatuh ke lubuk=LENYAP ATAU TIDAK KELIHATAN LAGI
C kacang lupakan kulit=MELUPAKAN JASA SESEORANG
D air dicencang tidak akan putus=ADIK BERADIK BERSATU KEMBALI SELEPAS PERPISAHAN
 

6. Kehidupan Wen sekeluarga akhirnya ___, apabila kedua-dua orang abangnya berjaya menjawat jawatan tinggi di ibu kota.
A bagai kain tiga hasta=KEHIDUPAN YANG SERBA TIDAK CUKUP, HIDUP MISKIN.
B bagai kumbang putus tali= BERASA GEMBIRA KERANA TERLEPAS DARIPADA BAHAYA  
C bagai Belanda meminta tanah=MAKIN MEMBERI MAKIN MEMINTA
D seperti kaca terhempas ke batu=HATINYA KECEWA/LULUH/HARAPANNYA PUNAH 

SUSUNAN SONGSANG DAN SUSUSNAN BIASA

 Tukarkan setiap ayat susunan songsang di bawah kepada ayat susunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

1.Akan dimulakan dari sebelah timur pembinaan lebuh raya itu.

Pembinaan lebuh raya itu akan dimulakan  dari sebelah timur

2.Telah dijual oleh datuk di pasar tani angsa peliharaan nenek.

Angsa peliharaan nenek telah dijual oleh datuk di pasar tani.

3.Merempuh masuk ke dalam stadium penyokong bola sepak Jerman

Penyokong bola sepak Jerman merempuh masuk ke dalam stadium

EJAAN DAN IMBUHAN

 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan.

1.Pasar raya besar itu meletakkan  papan tanda khas bagi memudahkan pelanggan mereka membeli produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

2.Pengalaman luas dalam bidang perakaunan menjadi batu loncatan kepada wanita tersebut untuk menerajui =memimpin syarikat konglomerat yang tersuhur itu.=tersohor

3.Kumpulan jurutera tersebut berlepas ke Jerman pada minggu lalu untuk mendalamkan=mendalami  kemahiran menggunakan jentera berteknoloji=gi  tinggi dalam industri cari gali minyak.

4.Kami bersepakat untuk mengisi perut yang kosong di Restoran Nasi Kandar Kapitan yang sangat popular itu sebelum memulai =memulakan lawatan ke Pulau Pinang.

5.Rakyat Malaysia ternyata kurang bersenam dan beriadah, sayogia=seyogia =sepatutnya  hanya 25 peratus sahaja yang terbabit dalam aktiviti tersebut.

6.Pihak kerajaan sedang bergiat memperlebar lebuh raya di Johor kepada tiga lorong untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas

7.Kemahiran berfikir secara kriatif=kreatif  dapat mentakrif=ditakrif  sebagai keupayaan minda dan pemikiran seseorang untuk meneroka pelbagai ilmu.

8.Syarikat tersebut telah menghasilkan  sos cili yang amat sedap dimakan bersama dengan udang goreng dan keropok lekor

KESALAHAN BAHASA PT3

 BETULKAN KESALAHAN BAHASA DALAM AYAT BERIKUT

1.Hafizuddin memberikan =MEMBERI Seha sekuntum bunga.

2.Hanim mengambilkan  ISHAK segelas air.

3.Baginda mengurniakan bintang kebesaran KEPADA BELIAU.

4.Hakim menjatuhi pencuri itu sebulan penjara.

5.Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping.

6.Yatie menasihatkan saya agar/untuk/supaya  rajin belajar.

Yatie  menasihati saya .

7. Kawasan pendalaman=PEDALAMAN =TERPENCIL   itu akan dimajukan

8.Tindakan akan diambil berlandaskan undang-undang

BERLANDAS PADA = BERLANDASKAN

9. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan

10. pelajar itu mencari makna berpandukan kamus

11. Kami terpaksa bermalam beratapkan dengan langit

12. Pengakap tidur bertilamkan dengan rumput

13. Kamu mesti ingat AKAN  janji-janjimu

14. Kakak tidak mahu tidur DI sini.

15. Beliau akan datang  KE  kampung ini.

16. Nani ingin berjumpa DENGAN cikgu.

17.Saya ingin bertemu DENGAN gadis itu.

18.Kami ternampak Cikgu Nora di Perhentian Bas Pudu Raya

19.Beliau turut menyentuh perkata itu.

20.Nora tidak mengetahui hal itu.

21.Kami membincangkan masalah itu.

22.Mereka melebarkan jalan itu lagi

AMERIKA MEMBEBASKAN TEBUSAN  semula =hostage

23.Nani menceritakan pengalamannya semasa

menuntut di luar negara.

24. Cerpen ini mengisahkan perjuangan menentang

penjajah

25.Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau  

Langkawi? Saya tak pasti ayahnya dari Ipoh atau dari KL

Mereka akan memilih yang berwarna biru dan yang berwarna merah

26.Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau di Jelai.

27.Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya.

28.Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan.

29.Jangankan membeli kereta, membeli motosikal pun saya tak mampu

30.seluruh negara mengalami banjir.

31. hal itu akan dibincangkan.

32.kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.

33.Banyak pelajar yang lulus dengan baik.

34.Ada pihak yang membangkang cadangan itu.

35.Dia datang kelmarin

36.setelah/apabila Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan

37.sebagai Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.

38.yang Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.

39.Apakah yang perlu kita lakukan sekarang?

40.Siapa yang kata saya berbohong?

41.Peserta-peserta yang lulus saja yang akan dipilih.

42. bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia

bersalah.

43. beliau menyatakan bahawa perompak senjata api

sudah itu  tumpas.

44.Yang manakah yang betul?

45. Yang memukul awak siapa?

KARANGAN; PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

 Berdasarkan poster PERHIMPUAN RASMI SEKOLAH yang diberikan tuliskan sebuah karangan

 

Pendahuluan Sekolah merupakan tempat untuk murid menuntut ilmu – banyak perkara yang dipelajari melalui aktiviti di dalam mahupun di luar kelas – semua murid perlu menghadiri perhimpunan rasmi sekolah yang biasanya diadakan secara mingguan – ada banyak kepentingan perhimpunan rasmi sekolah

 

Ayat topik Kepentingan paling utama – mendisiplinkan murid

Ayat huraian Mematuhi peraturan semasa perhimpunan diadakan – mendengar maklumat yang disampaikan dengan teliti

Ayat contoh Beratur dalam barisan yang lurus – berpakaian kemas – menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri serta lagu sekolah

Ayat kesan Menjadikan murid lebih berketrampilan dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi – disiplin dipupuk sejak di bangku sekolah lagi

Ayat penegasan Perhimpunan rasmi amat penting dalam memupuk nilai disiplin dalam diri setiap murid – melahirkan insan yang lebih bermutu pada masa hadapan.

 

Ayat topik= Memupuk semangat patriotik – masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama Ayat huraian Melalui nyanyian lagu negeri dan juga Negaraku – murid-murid lebih menghargai diri sebagai rakyat Malaysia – menjaga perpaduan dan keharmonian kaum

Ayat contoh Berdiri tegak semasa lagu-lagu patriotik dinyanyikan – menyanyikan lagu dengan kuat dan penuh semangat – menghayati lirik lagu yang dinyanyikan

Ayat kesan Lahirkan semangat cinta akan negara dalam diri murid-murid – murid-murid lebih menghormati kedaulatan negara

Ayat penegasan Tegasnya, melalui perhimpunan rasmi yang diadakan di sekolah murid-murid dapat dididik dengan nilai cinta akan negara

 

Ayat topik Menyebarkan informasi tentang aktiviti sekolah

Ayat huraian Maklumat dapat disebarkan dengan mudah – semua murid mendapat maklumat yang sekata dan tepat daripada guru

Ayat contoh Makluman tentang aktiviti kurikulum dan kokurikulum – aktiviti-aktiviti sekolah seperti Hari Kokurikulum, Hari guru dan Hari Kantin

Ayat kesan Informasi yang diperoleh murid adalah tepat

Ayat penegasan Sebaran maklumat menjadi lebih mudah – guru dapat menyampaikan maklumat-maklumat penting dengan mudah dan pantas

 

Penutup :Tuntasnya, perhimpunan rasmi sekolah mempunyai pelbagai matlamat yang utama – semua pihak perlu mengambil cakna =peduli akan pengisian dalam perhimpunan yang diadakan – melahirkan masyarakat yang lebih berkepimpinan

Rumusan dgn Ringkasan BM PT3

 BEZA ANTARA RUMUSAN DENGAN RINGKASAN YANG PELAJAR SERING KELIRU. DALAM RUMUSAN PENDAHULUAN IALAH IDEA UTAMA YANG KAMU KENA CARI SENDIRI. DIIKUTI DENGAN 6 IDEA SOKONGAN DAN KESIMPULAN WAJIB KAMU TULIS SENDIRI. UNTUK RINGKASAN PULA PENDAHULUAN IALAH IDEA UTAMA YANG DIBERIKAN DALAM ARAHAN SOALAN , CARI ISI YANG DIBERIKAN DALAM PETIKAN TETAPI KESIMPULAN TIDAK DIPERLUKAN. KEDUA-DUANYA TIDAK LEBIH 100 PATAH PERKATAAN. JIKA MASIH TAK FAHAM SILA PM SAYA

pelajar perlu dibantu

Saya berasa agak simpati dan terkelindan kerana  ada pelajar-pelajar yang tidak dapat mengikuti sebarang kelas tuisyen berbayar disebabkan masalah kewangan dan kemiskinan. Boleh dikatakan pelajar yang mengikuti kelas bimbingan persendirian bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan dengan penuh yakin. Mereka diberi latihan yang mencukupi dan dibimbing pelbagai teknik menjawab oleh tutor mereka.  Bagaimana pula dengan mereka yang tidak mampu? Saya merayu kepada guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar daripada golongan B40 agar mengadakan kelas bimbingan tambahan kepada mereka. Kita tidak mahu pelajar-pelajar yang tidak mampu tercicir atau kandas dalam peperiksaan awam. Seyogianya, cuti sekolah ini perlu dimanfaatkan oleh guru untuk membimbing pelajar-pelajar yang lemah dan miskin. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih sebab ada beberapa orang guru mengadakan kelas seumpama ini sejak awal lagi. Ada antara guru kita sanggup mengeluarkan wang mereka sendiri untuk menambah data bagi pelajar yang tidak mampu. Tahniah juga diucapkan kepada mereka. Kelmarin saya telah menerima satu panggilan telefon dan meminta mereka untuk membantu pelajar SPM daripada golongan B40. Saya bersetuju untuk membantu mereka secara percuma