Soalan
1 : Rumusan
Baca
petikan rencana di bawah dan buat suatu rumusan tentang faedah-faedah mempunyai
disiplin yang baik dan usaha-usaha meningkatkan disiplin. Panjang rumusan
mestilah tidak melebihi 120 patah kata.
Disipin
merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri.Secara lebih terperinci disiplin
ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan. Seseorang yang
berdisiplin apabila melakukan pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit,
tetapi ia tetap akan berasa bersalah dan merasakan mengkhianati diri sendiri
yang menjatuhkan harga diri. Seseorang pelajar yang berdisiplin mampu meraih
kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan hidupnya kelak.
Mengapakah
disiplin perlu dititikberatkan?Hal ini demikian kerana, disipin merupakan kawalan
dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan peraturan.Seseorang pelajar yang berdisiplin sebenarnya sudah
menunjukkan ciri-ciri kejayaan dalam hidup. . Hal ini disebabkan peraturan yang
dikenakan itu dapat menjadi alat kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan
perkara yang memberi implikasi buruk kepada dirisendiri. Pelajar yang
berdisiplin akan dapat mengawal perilaku di dalam kelas dan memberi tumpuan
terhadap pengajaran guru. Malahan, tidak mudah terjebak dalam segala masalah
disiplin dan gejala negatif yang menjejaskan fokus tumpuan terhadap
pembelajaran.
Pelajar
yang mempunyai tahap disiplin yang baik akan mengadakan jadual belajar sendiri.
Mereka sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan.
Malahan, pelajarpelajar ini sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai
keputusan terbaik tanpa perlu diberidorongan oleh orang lain.Peraturan sekolah
yang menetapkan para pelajar supaya datang ke sekolah tepat pada masa bertujuan
melatih pelajar dari segi pengurusan masa. Pelajar yang berjaya menepati masa
akan menjadi pelajar yang tahu menghargai masa.
Begitu
juga peraturan sekolah yang menetapkan supaya berpakaian kemas. Hal ini penting
supaya pelajar kelihatan berpersonaliti dan berketerampilan.Lazimnya, mudah
menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru berbanding yang tidak
berpesonaliti. Aspek utama dalam pengamalan disiplin yang baik ialah
menghormati guru.Hal ini mustahak kerana pelajar tidak dapat lari dari
bimbingan dan tunjuk ajar guru. Walaupun pelajar mempunyai buku atau bahan
rujukan yang mencukupi sekalipun , pelajar masih memerlukan guru untuk memberi
penerangan kerana buku bukan manusia yang boleh berinteraksi dengan pelajar.
Seandainya pelajar tidak menghormati guru maka bagaimanakah pelajar akan
mendapat ilmu daripada guru? Maka,hubungan harmonis antara guru dan pelajar
akan dapat menjamin keberkesanan pembelajaran.
Pandangan
yang diutarakan di atas menunjukkan faktor disiplin memainkan peranan utama
dalam menentukan kejayaan cemerlang seseorang pelajar dalam pelajarannya.
Keputusan peperiksaan awam pada saban tahun menunjukkan kalangan pelajar yang
mempunyai tahap disiplin yang tinggi dari aspek lahiriah, kerohanian dan
keagamaan dapat menempa kejayaan yang cemerlang.Jelaslah, disiplin ialah
peraturan untuk membentuk tingkah laku baik dan pengamalan nilai-nilai murni
bertujuan menjamin kejayaan seseorang pelajar
Soalan
2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan
petikanSoalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
i.
Berikan maksud berpersonaliti dan berketerampilan berdasarkan penggunaannya
dalam petikan.
ii.
Apakah yang dimaksudkan dengan disiplin?
iii.
Pada pendapat anda, mengapakah pelajar yang berdisiplin disenangi oleh
guru-guru dan rakan-rakan sebaya?
a.
Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah
1.jerayawara 2.latar pentas 3.gegantung
4. imej tumpu 5.pascanilai 6. kira detik 7.ujana teh 8.persantaian 9. tular
10.parkir 11.bilik acu 12.
paparan elektronik
b.
Baca dengan teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti kata nama terbitan yang
terdapat dalam ayat-ayat tersebut. Anda hanya boleh menyenaraikan satu kata
nama terbitan bagi setiap ayat.
i.
Gadis-gadis dilarang tertawa kuat-kuat kerana tingkah laku itu dianggap tidak
sopan.
ii.
Kapal tangki minyak itu mesti melalui lautan yang luas sebelum sampai ke
Malaysia.
iii.
Pantai di kampung saya mengalami hakisan yang teruk sejak sepuluh tahun lalu.
iv.
Pembinaan sekolah terpaksa ditangguhkan kerana kos yang dikenakan oleh syarikat
itu terlalu mahal.
v.
Peragut yang licik itu telah berjaya ditangkap oleh polis di Taman
Melati,semalam.
vi.
Rakyat Kampung Limau kehujanan ketika menanti keberangkatan tiba sultan yang
amat dikasihi ke majlis kenduri itu.
c.
satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
i.
Berdasarkan pemerhatian, remaja hari ini sentiasa mencari mekanisma atau cara untuk
diekspresikan kehendak serta perasaan mereka.
ii.
Sifat remaja yang terkenal dengan aggresif, kreatif, dan inovatif merancakan
lagi aktiviti hiburan mereka.
iii.
Janganlah disebabkan alasan bebas berkarya, kebebasan memilih, dan kebebasan mencipta
menyebabkan remaja hari ini mengkiblatkan nafsu dan terpesong daripada aqidah.
d.
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan.
(i)
Pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati-hati semasa menyeberang jalan
raya untuk mengelakkan diri daripada terlibat di dalam kemalangan.
(ii)
Wang tabungan dapat digunakan oleh kita semasa kesuntukan wang untuk
melanjutkan pelajaran.
(iii)
Sudah bertahun lamanya dia tidak pergi ke kampungnya kerana keduadua ibu dan
bapanya telah meninggal dunia.
(e) Cari
peribahasa yang sesuai untuk diisikan
pada tempat kosong.
Alam
remaja penuh dengan cabaran dan dugaan. Kadang-kadang remaja akan membuat
kesilapan kerana…………………………….. . Namun, remaja perlu berfikir secara rasional
sebelum melakukan sesuatu tindakan agar tidak menyesal pada kemudian hari. Hal
ini besesuaian dengan....................................................................................
Remaja juga perlu bijak memilih kawan dan tidak mengikut sahaja kata-kata dan
pujukan mereka seperti……………………………………………
Soalan
4- Novel
Berdasarkan
novel Songket Berbenang Emas, jawab soalan-soalan berikut
a.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua cabaran yang
ditempuhi oleh
watak
utama berserta dengan peritiwa contoh.
b. Huraikan dua persoalan utama dengan sekurang-kurang
satu peristiwa contoh.
Komsas Cerpen –HIPERTENSI-Illias Zaidi
Cerpen Hipertensi
memaparkan watak utama, Aiman Aqil yang sering berhalusinasi. Aiman sering
menimbulkan kemarahan gurunya kerana tidak menumpukan perhatian terhadap
pembelajaran di dalam kelas. Dia sering berangan-angan menjadi tokoh-tokoh
hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil mudah bosan dengan cara pembelajaran di
sekolah menyebabkan dia sering ponteng sekolah. Hal ini menimbulkan kemarahan
ayahnya sehingga dia kerap dirotan. Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk
mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya
telah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil
sering berhalusinasi, namun dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak
mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan Si Luncai. Angan-angan Aiman terus
mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah
program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak
memantapkan diri sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman
tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak
menyaksikan siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman
akhirnya berjaya mendarat di bulan dalam halusinasinya itu.
1.Jelaskan
persoalan kepentingan pelajaran kepada seseorang dengan contoh poertiwa yang
sesuai.
2.Senaraikan
pengalaman halusinasi yang dialami oleh Aiman Aqil.
3.Mengikut
cerpen ini, bagaimanakah Aiman Aqil sedar akan dunia realitinya?
No comments:
Post a Comment