Sunday, July 5, 2020

Latihan BM Tingkatan 4 pascacovid siri 2


Soalan 1 : Rumusan
Baca petikan rencana di bawah dan buat suatu rumusan tentang faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik dan usaha-usaha meningkatkan disiplin. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah kata.

Disipin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri.Secara lebih terperinci disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan. Seseorang yang berdisiplin apabila melakukan pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit, tetapi ia tetap akan berasa bersalah dan merasakan mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan harga diri. Seseorang pelajar yang berdisiplin mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan hidupnya kelak.

Mengapakah disiplin perlu dititikberatkan?Hal ini demikian kerana, disipin merupakan kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan.Seseorang pelajar yang berdisiplin sebenarnya sudah menunjukkan ciri-ciri kejayaan dalam hidup. . Hal ini disebabkan peraturan yang dikenakan itu dapat menjadi alat kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang memberi implikasi buruk kepada dirisendiri. Pelajar yang berdisiplin akan dapat mengawal perilaku di dalam kelas dan memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. Malahan, tidak mudah terjebak dalam segala masalah disiplin dan gejala negatif yang menjejaskan fokus tumpuan terhadap pembelajaran.

Pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang baik akan mengadakan jadual belajar sendiri. Mereka sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan. Malahan, pelajarpelajar ini sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik tanpa perlu diberidorongan oleh orang lain.Peraturan sekolah yang menetapkan para pelajar supaya datang ke sekolah tepat pada masa bertujuan melatih pelajar dari segi pengurusan masa. Pelajar yang berjaya menepati masa akan menjadi pelajar yang tahu menghargai masa.

Begitu juga peraturan sekolah yang menetapkan supaya berpakaian kemas. Hal ini penting supaya pelajar kelihatan berpersonaliti dan berketerampilan.Lazimnya, mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru berbanding yang tidak berpesonaliti. Aspek utama dalam mengamalan disiplin yang baik ialah menghormati guru.Hal ini mustahak kerana pelajar tidak dapat lari dari bimbingan dan tunjuk ajar guru. Walaupun pelajar mempunyai buku atau bahan rujukan yang mencukupi sekalipun , pelajar masih memerlukan guru untuk memberi penerangan kerana buku bukan manusia yang boleh berinteraksi dengan pelajar. Seandainya pelajar tidak menghormati guru maka bagaimanakah pelajar akan mendapat ilmu daripada guru? Maka,hubungan harmonis antara guru dan pelajar akan dapat menjamin keberkesanan pembelajaran.

Pandangan yang diutarakan di atas menunjukkan faktor disiplin memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan cemerlang seseorang pelajar dalam pelajarannya. Keputusan peperiksaan awam pada saban tahun menunjukkan kalangan pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dari aspek lahiriah, kerohanian dan keagamaan dapat menempa kejayaan yang cemerlang.Jelaslah, disiplin ialah peraturan untuk membentuk tingkah laku baik dan pengamalan nilai-nilai murni bertujuan menjamin kejayaan seseorang pelajar

Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikanSoalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud berpersonaliti dan berketerampilan berdasarkan penggunaannya dalam petikan.
ii. Apakah yang dimaksudkan dengan disiplin?
iii. Pada pendapat anda, mengapakah pelajar yang berdisiplin disenangi oleh guru-guru dan rakan-rakan sebaya?

a. Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah


i. negara bangsa
ii. runding cara
iii. alam semula jadi
iv. paparan cecair kristal
v. segi empat tepat
vi. warisan budaya bangsa



b. Baca dengan teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti kata nama terbitan yang terdapat
dalam ayat-ayat tersebut. Anda hanya boleh menyenaraikan satu kata nama terbitan bagi setiap ayat.
i. Gadis-gadis dilarang tertawa kuat-kuat kerana tingkah laku itu dianggap tidak sopan.
ii. Kapal tangki minyak itu mesti melalui lautan yang luas sebelum sampai ke Malaysia.
iii. Pantai di kampung saya mengalami hakisan yang teruk sejak sepuluh tahun lalu.
iv. Pembinaan sekolah terpaksa ditangguhkan kerana kos yang dikenakan oleh syarikat itu terlalu mahal.
v. Peragut yang licik itu telah berjaya ditangkap oleh polis di Taman Melati,semalam.
vi. Rakyat Kampung Limau kehujanan ketika menanti keberangkatan tiba sultan yang amat dikasihi ke majlis kenduri itu.

c. satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
i. Berdasarkan pemerhatian, remaja hari ini sentiasa mencari mekanisma atau cara untuk diekspresikan kehendak serta perasaan mereka.
ii. Sifat remaja yang terkenal dengan aggresif, kreatif, dan inovatif merancakan lagi aktiviti hiburan mereka.
iii. Janganlah disebabkan alasan bebas berkarya, kebebasan memilih, dan kebebasan mencipta menyebabkan remaja hari ini mengkiblatkan nafsu dan terpesong daripada aqidah.

d. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
(i) Pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati-hati semasa menyeberang jalan raya untuk mengelakkan diri daripada terlibat di dalam kemalangan.
(ii) Wang tabungan dapat digunakan oleh kita semasa kesuntukan wang untuk melanjutkan pelajaran.
(iii) Sudah bertahun lamanya dia tidak pergi ke kampungnya kerana keduadua ibu dan bapanya telah meninggal dunia.

(e) Cari peribahasa yang  sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.
Alam remaja penuh dengan cabaran dan dugaan. Kadang-kadang remaja akan membuat kesilapan kerana ........................................................... Namun, remaja perlu berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan agar tidak menyesal pada kemudian hari. Hal ini besesuaian dengan peribahasa ................................................................................. Remaja juga perlu bijak memilih kawan dan tidak mengikut sahaja kata-kata dan pujukan mereka seperti………………………………………………..

Soalan 4- Novel

Berdasarkan novel Jendela Menghadap  Jalan, jawab soalan-soalan berikut

a. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua cabaran yang ditempuhi oleh
watak utama berserta dengan peritiwa contoh.
b. Huraikan dua persoalan utama dengan sekurang-kurang satu peristiwa contoh.
Komsas cerpen- Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)
Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yang berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja.  Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya.  Hal ini  menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan yang banyak memberi insentif kepada penternak.  Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali dan  hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan pinjaman tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. Setelah kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak di meterai antara Hakim dan syarikat RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.
1.Jelaskan persoalan keberanian menuntut hak dalam cerpen di atas
2.Hakim ialah seorang watak  yang gigih menceburi bidang keusahawanan. Buktikan kegigihannya


No comments:

Post a Comment