Saturday, July 11, 2020

KARANGAN PENGAJIAN AM SEM 2 RUKUN NEGARA


Rukun Negara memainkan peranan penting dalam menjayakan konsep Malaysia Sejahtera. Bincangkan peranan Rukun Negara dalam menjamin kehidupan kita agar lebih sejahtera, aman dan harmonis. 

Pendahuluan

Rukun Negara digubal  hasil perundingan Majlis Gerakan Negara (Mageran) 
-Mageran ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969
-RN bertujuan untuk memperkukuh dan mengembalikan perpaduan kaum bagi kehidupan bernegara yang aman dan harmoni
-RN diisytiharkan pada 31 Ogos 1970

Idea-idea

1-Setiap kita hendaklah mendukung aspirasi  Rukun Negara dan Perpaduan dalam kehidupan kita seharian
-sebarang pemikiran dan pandangan tentang politik, sejarah dan budaya masyarakat mestilah bertunjangkan RN
-dengan berbuat ini, kita dapat elakkan sebarang perselisihan faham antara kaum-pemimpin parti politik yang ingin melagakan permusuhan antara kaum dapat dielakkan jika mereka menghayati falsafah sebenar RN
-RN menggalakkan masyarakat agar lebih bersikap terbuka dalam menerima pandangan banyak pihak tanpa sebarang keraguan dan prejudis


2-Adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat memperkenalkan Rukun Negara dan sejarah kepada generasi muda
- RN amat mengutamakan adab sopan terutama hormat kepada orang lain
- bersikap terbuka dengan tidak melihat pada perbezaan kaum, agama dan kepercayaan sebaliknya menerima kepelbagaian yang ada-kini jurang antara generasi tua dan muda sangat luas
-kewujudan banyak rumah orang tua membuktikan generasi muda tidak menghormati dan menghargai jasa dan pengorbanan warga tua.

3-Rukun Negara menganjurkan supaya kita jangan semai semangat kesukuan dan perkauman
-semangat dan sikap kenegerian dan kedaerahan masih jelas berlaku sekarang
-apatah lagi perbezaan kelas sosial antara yang berada dengan tidak berada masih berleluasa
-hanya RN dapat menyatukan masyarakat yang dipisahkan oleh banteng  perbezaan ini
-sistem pendidikan dan media massa harus menyedarkan masyarakat supaya menghayati RN

4-Rakyat Malaysia menganuti pelbagai agama dan pegangan hidup masing-masing
-namun kita tetap disatukan melalui prinsip RN yang pertama iaitu KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
-prinsip yang pertama ini memang tepat malah RN mengutamakan  rakyat mengamalkan amalan budaya  dan  agama yang dianuti tanpa waswas
-tiada ajaran agama di dunia ini tanpa mendekatkan diri kepada Tuhan
-jadi setiap perlakuan, pertuturan, pemikiran dan perasaan kita wajarlah lebih berkiblatkan rukun yang pertama ini.

Kesimpulan

-RN sepatutnya menjadi panduan hidup setiap warga Malaysia
-bagaimanapun RN kurang dihayati oleh masyarakat kini dan tidak difahami kandungannya
-oleh itu kerajaan dan orang ramai perlu berusaha  meneroka idea-idea baharu bagi menyuburkan semangat Rukun Negara terutama dalam kalangan generasi muda
-pendek kata masyarakat yang sering berbincang dan kadang kala berselisih faham adalah masyarakat yang matang


No comments:

Post a Comment