Saturday, July 11, 2020

KARANGAN CONTOH SPM BAHAGIAN A


KARANGAN CONTOH SPM BAHAGIAN A

Rukun Negara menjadi tunjang kehidupan yang sejahtera dan bersatu padu.

Rukun Negara digubal  hasil perundingan Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969. RN bertujuan untuk memperkukuh dan mengembalikan perpaduan kaum bagi kehidupan bernegara yang aman dan harmoni. RN telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.

Setiap kita hendaklah mendukung aspirasi  Rukun Negara dan Perpaduan dalam kehidupan kita seharian. Sebarang pemikiran dan pandangan tentang politik, sejarah dan budaya masyarakat mestilah bertunjangkan RN. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham antara kaum. Pemimpin parti politik sering melagakan permusuhan antara kaum. Hal seumpama ini juga dapat dielakkan jika mereka menghayati falsafah sebenar RN.RN menggalakkan masyarakat agar lebih bersikap terbuka dalam menerima pandangan banyak pihak tanpa sebarang keraguan dan prejudis.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat memperkenalkan Rukun Negara dan sejarah kepada generasi muda. RN amat mengutamakan adab sopan terutama hormat kepada orang lain. RN menggalakkan kita supaya bersikap terbuka tanpa melihat perbezaan kaum, agama dan kepercayaan sebaliknya menerima kepelbagaian yang ada. Ironisnya, kini jurang antara generasi tua dan muda sangat meluas. Kewujudan banyak rumah orang tua membuktikan bahawa generasi muda tidak lagi menghormati dan menghargai jasa dan pengorbanan warga tua.

Rukun Negara juga menganjurkan supaya kita jangan semai semangat kesukuan dan perkauman. Semangat dan sikap kenegerian dan kedaerahan masih jelas berlaku sekarang. Apatah lagi perbezaan kelas sosial antara yang berada dengan tidak berada masih berleluasa. Hanya RN dapat menyatukan masyarakat yang dipisahkan oleh banteng  perbezaan ini. Dalam hal ini sistem pendidikan dan media massa harus menyedarkan masyarakat supaya menghayati RN.

Umum mengetahui bahawa rakyat Malaysia menganuti pelbagai agama dan pegangan hidup masing-masing, namun kita tetap disatukan melalui prinsip RN yang pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip yang pertama ini memang tepat malah RN mengutamakan  rakyat mengamalkan amalan budaya  dan  agama yang dianuti tanpa waswas. Tiada ajaran agama di dunia ini tanpa mendekatkan diri kepada Tuhan. Oleh itu setiap perlakuan, pertuturan, pemikiran dan perasaan kita wajarlah lebih berkiblatkan rukun yang pertama ini.

Kesimpulannya, RN sepatutnya menjadi panduan hidup setiap warga Malaysia. Bagaimanapun RN kurang dihayati oleh masyarakat kini kerana mereka tidak memahami kandungannya. Oleh itu kerajaan dan orang ramai perlu berusaha  meneroka idea-idea baharu bagi menyuburkan semangat Rukun Negara terutama dalam kalangan generasi muda. Pendek kata masyarakat yang sering berbincang dan kadang kala berselisih faham adalah masyarakat yang matang

(Jumlah perkataan 369)

KARANGAN PENGAJIAN AM SEM 2 RUKUN NEGARA


Rukun Negara memainkan peranan penting dalam menjayakan konsep Malaysia Sejahtera. Bincangkan peranan Rukun Negara dalam menjamin kehidupan kita agar lebih sejahtera, aman dan harmonis. 

Pendahuluan

Rukun Negara digubal  hasil perundingan Majlis Gerakan Negara (Mageran) 
-Mageran ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969
-RN bertujuan untuk memperkukuh dan mengembalikan perpaduan kaum bagi kehidupan bernegara yang aman dan harmoni
-RN diisytiharkan pada 31 Ogos 1970

Idea-idea

1-Setiap kita hendaklah mendukung aspirasi  Rukun Negara dan Perpaduan dalam kehidupan kita seharian
-sebarang pemikiran dan pandangan tentang politik, sejarah dan budaya masyarakat mestilah bertunjangkan RN
-dengan berbuat ini, kita dapat elakkan sebarang perselisihan faham antara kaum-pemimpin parti politik yang ingin melagakan permusuhan antara kaum dapat dielakkan jika mereka menghayati falsafah sebenar RN
-RN menggalakkan masyarakat agar lebih bersikap terbuka dalam menerima pandangan banyak pihak tanpa sebarang keraguan dan prejudis


2-Adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat memperkenalkan Rukun Negara dan sejarah kepada generasi muda
- RN amat mengutamakan adab sopan terutama hormat kepada orang lain
- bersikap terbuka dengan tidak melihat pada perbezaan kaum, agama dan kepercayaan sebaliknya menerima kepelbagaian yang ada-kini jurang antara generasi tua dan muda sangat luas
-kewujudan banyak rumah orang tua membuktikan generasi muda tidak menghormati dan menghargai jasa dan pengorbanan warga tua.

3-Rukun Negara menganjurkan supaya kita jangan semai semangat kesukuan dan perkauman
-semangat dan sikap kenegerian dan kedaerahan masih jelas berlaku sekarang
-apatah lagi perbezaan kelas sosial antara yang berada dengan tidak berada masih berleluasa
-hanya RN dapat menyatukan masyarakat yang dipisahkan oleh banteng  perbezaan ini
-sistem pendidikan dan media massa harus menyedarkan masyarakat supaya menghayati RN

4-Rakyat Malaysia menganuti pelbagai agama dan pegangan hidup masing-masing
-namun kita tetap disatukan melalui prinsip RN yang pertama iaitu KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
-prinsip yang pertama ini memang tepat malah RN mengutamakan  rakyat mengamalkan amalan budaya  dan  agama yang dianuti tanpa waswas
-tiada ajaran agama di dunia ini tanpa mendekatkan diri kepada Tuhan
-jadi setiap perlakuan, pertuturan, pemikiran dan perasaan kita wajarlah lebih berkiblatkan rukun yang pertama ini.

Kesimpulan

-RN sepatutnya menjadi panduan hidup setiap warga Malaysia
-bagaimanapun RN kurang dihayati oleh masyarakat kini dan tidak difahami kandungannya
-oleh itu kerajaan dan orang ramai perlu berusaha  meneroka idea-idea baharu bagi menyuburkan semangat Rukun Negara terutama dalam kalangan generasi muda
-pendek kata masyarakat yang sering berbincang dan kadang kala berselisih faham adalah masyarakat yang matang


TALK ON CORPUS LINGUISTICS


TALK ON CORPUS LINGUISTICS

I gave a talk on the "Corpus Linguistics Based Error Analysis of Secondary School Writing" at Dechapattanayanakul School in Pattani, Southern Thailand on 10th March 2017. Please refer my Facebook


Friday, July 10, 2020

THESES SUPERVISOR


THESES SUPERVISOR

Those who involve with research either for masters or Ph.D., you know when is the real headache starts?  It would happen when there is a replacement for the supervisor. Some supervisors would follow the previous supervisor's ideas but some would ask us to change the whole thing. Luckily in my case, I asked my former supervisor to check my fifth chapter before he left for Brunei to take an academic position there. When I was in the fourth chapter he has gotten the offer. I appealed to him to stay for an extra two more weeks in Malaysia to finalize everything. In two weeks' time, I worked so hard to finish my fifth chapter. He took two days to check then signed the Ph.D. submission form. I really worried if the successor would ask me to change the whole theses. Luckily this hasn't happened. I'm very grateful to my previous supervisor.

APPLIED LINGUISTICS


APPLIED LINGUISTICS

I once did two pieces of research on applied linguistics. The first was about corpus linguistic. I have studied how the extent of students' native language affects their essay writing The second was discourse analysis. In this analysis, I have studied the use of terms, word usage, the structure of the sentence, and presentation style in writing. Both findings of these studies have been presented in two different seminars. Findings of a study on the corpus in a seminar attended by Thailand teachers. According to them, the average student uses their mother tongue to learn English. While the findings of the second study were presented in the pre-university teachers' seminar in Penang.

Gelaran Prof. atau Dr.



Gelaran Prof. atau Dr.

Jika seseorang itu bergelar Profesor di universiti, maka eloklah beliau dipanggil Prof. Jika beliau hanya bergelar Prof.Madya sahaja, biarlah panggilnya PM atau Dr., jika beliau memiliki ijazah PhD. Rata-rata pelajar universiti memanggil pensyarah mereka yang bukan profesor, tetapi dipanggil Prof. Adakah ini untuk menyejukkan hati mereka? Gelaran profesor merupakan satu gelaran akademik tertinggi yang diberikan kepada mereka yang banyak berjasa dan menyumbangkan tenaga dan ideanya dalam bidang yang diceburi. Ada sesetengah pensyarah atau profesor madya senyum dan kembang hati apabila pelajar mereka memanggil mereka profesor, pada hal beliau belum dilantik ke jawatan tersebut. Sewajarnya pensyarah itu hendaklah menegur pelajar dan membetulkannya supaya gelaran akademik yang berprestij itu tidak disalahgunakan. Begitu juga segelintir politikus yang pernah menjadi profesor atau profesor madya di universiti, tetapi masih menggunakan panggilan yang sama di luar lingkungan kesarjanaan ilmu. Satu lagi budaya baharu berlaku di sekolah-sekolah. Jika seseorang guru baru sahaja mendaftarkan diri  sebagai calon PhD, tetapi  rakan-rakan sejawatnya mula memanggilnya Dr. Hal ini bukan untuk memberi suntikan untuk guru tersebut supaya terus belajar tetapi sebaliknya mempersenda gelaran Dr. itu sendiri. Harap pihak universiti yang menganugerahkan gelaran tersebut dan Kementerian Pengajian Tinggi mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang menyalahgunakan gelaran-gelaran akademik ini. Kita harus ingat bahawa untuk mendapatkan gelaran Dr. ataupun Profesor bukanlah satu kerja yang mudah. Kedua-duanya adalah hasil daripada titik peluh selama bertahun-tahun lamanya. Begitu juga gelaran Munsyi. Harap DBP memantau jika terdapat barang siapa menyalahgunakan gelaran Munsyi demi kepentingan diri mereka.

Sunday, July 5, 2020

Latihan BM Tingkatan 5 pascacovid siri 2


Soalan 1 : Rumusan
Baca petikan rencana di bawah dan buat suatu rumusan tentang faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik dan usaha-usaha meningkatkan disiplin. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah kata.

Disipin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri.Secara lebih terperinci disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan. Seseorang yang berdisiplin apabila melakukan pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit, tetapi ia tetap akan berasa bersalah dan merasakan mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan harga diri. Seseorang pelajar yang berdisiplin mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan hidupnya kelak.

Mengapakah disiplin perlu dititikberatkan?Hal ini demikian kerana, disipin merupakan kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan.Seseorang pelajar yang berdisiplin sebenarnya sudah menunjukkan ciri-ciri kejayaan dalam hidup. . Hal ini disebabkan peraturan yang dikenakan itu dapat menjadi alat kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang memberi implikasi buruk kepada dirisendiri. Pelajar yang berdisiplin akan dapat mengawal perilaku di dalam kelas dan memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. Malahan, tidak mudah terjebak dalam segala masalah disiplin dan gejala negatif yang menjejaskan fokus tumpuan terhadap pembelajaran.

Pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang baik akan mengadakan jadual belajar sendiri. Mereka sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan. Malahan, pelajarpelajar ini sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik tanpa perlu diberidorongan oleh orang lain.Peraturan sekolah yang menetapkan para pelajar supaya datang ke sekolah tepat pada masa bertujuan melatih pelajar dari segi pengurusan masa. Pelajar yang berjaya menepati masa akan menjadi pelajar yang tahu menghargai masa.

Begitu juga peraturan sekolah yang menetapkan supaya berpakaian kemas. Hal ini penting supaya pelajar kelihatan berpersonaliti dan berketerampilan.Lazimnya, mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru berbanding yang tidak berpesonaliti. Aspek utama dalam pengamalan disiplin yang baik ialah menghormati guru.Hal ini mustahak kerana pelajar tidak dapat lari dari bimbingan dan tunjuk ajar guru. Walaupun pelajar mempunyai buku atau bahan rujukan yang mencukupi sekalipun , pelajar masih memerlukan guru untuk memberi penerangan kerana buku bukan manusia yang boleh berinteraksi dengan pelajar. Seandainya pelajar tidak menghormati guru maka bagaimanakah pelajar akan mendapat ilmu daripada guru? Maka,hubungan harmonis antara guru dan pelajar akan dapat menjamin keberkesanan pembelajaran.

Pandangan yang diutarakan di atas menunjukkan faktor disiplin memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan cemerlang seseorang pelajar dalam pelajarannya. Keputusan peperiksaan awam pada saban tahun menunjukkan kalangan pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dari aspek lahiriah, kerohanian dan keagamaan dapat menempa kejayaan yang cemerlang.Jelaslah, disiplin ialah peraturan untuk membentuk tingkah laku baik dan pengamalan nilai-nilai murni bertujuan menjamin kejayaan seseorang pelajar

Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikanSoalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud berpersonaliti dan berketerampilan berdasarkan penggunaannya dalam petikan.
ii. Apakah yang dimaksudkan dengan disiplin?
iii. Pada pendapat anda, mengapakah pelajar yang berdisiplin disenangi oleh guru-guru dan rakan-rakan sebaya?

a. Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah

1.jerayawara    2.latar pentas    3.gegantung  4. imej tumpu    5.pascanilai  6. kira detik    7.ujana teh    8.persantaian  9. tular    10.parkir    11.bilik acu 12. paparan elektronik

b. Baca dengan teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti kata nama terbitan yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut. Anda hanya boleh menyenaraikan satu kata nama terbitan bagi setiap ayat.
i. Gadis-gadis dilarang tertawa kuat-kuat kerana tingkah laku itu dianggap tidak sopan.
ii. Kapal tangki minyak itu mesti melalui lautan yang luas sebelum sampai ke Malaysia.
iii. Pantai di kampung saya mengalami hakisan yang teruk sejak sepuluh tahun lalu.
iv. Pembinaan sekolah terpaksa ditangguhkan kerana kos yang dikenakan oleh syarikat itu terlalu mahal.
v. Peragut yang licik itu telah berjaya ditangkap oleh polis di Taman Melati,semalam.
vi. Rakyat Kampung Limau kehujanan ketika menanti keberangkatan tiba sultan yang amat dikasihi ke majlis kenduri itu.

c. satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
i. Berdasarkan pemerhatian, remaja hari ini sentiasa mencari mekanisma atau cara untuk diekspresikan kehendak serta perasaan mereka.
ii. Sifat remaja yang terkenal dengan aggresif, kreatif, dan inovatif merancakan lagi aktiviti hiburan mereka.
iii. Janganlah disebabkan alasan bebas berkarya, kebebasan memilih, dan kebebasan mencipta menyebabkan remaja hari ini mengkiblatkan nafsu dan terpesong daripada aqidah.

d. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
(i) Pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati-hati semasa menyeberang jalan raya untuk mengelakkan diri daripada terlibat di dalam kemalangan.
(ii) Wang tabungan dapat digunakan oleh kita semasa kesuntukan wang untuk melanjutkan pelajaran.
(iii) Sudah bertahun lamanya dia tidak pergi ke kampungnya kerana keduadua ibu dan bapanya telah meninggal dunia.

(e) Cari peribahasa yang  sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.
Alam remaja penuh dengan cabaran dan dugaan. Kadang-kadang remaja akan membuat kesilapan kerana…………………………….. . Namun, remaja perlu berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan agar tidak menyesal pada kemudian hari. Hal ini besesuaian dengan.................................................................................... Remaja juga perlu bijak memilih kawan dan tidak mengikut sahaja kata-kata dan pujukan mereka seperti……………………………………………

Soalan 4- Novel

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, jawab soalan-soalan berikut

a. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua cabaran yang ditempuhi oleh
watak utama berserta dengan peritiwa contoh.
b. Huraikan dua persoalan utama dengan sekurang-kurang satu peristiwa contoh.
Komsas Cerpen –HIPERTENSI-Illias Zaidi
Cerpen Hipertensi memaparkan watak utama, Aiman Aqil yang sering berhalusinasi. Aiman sering menimbulkan kemarahan gurunya kerana tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas. Dia sering berangan-angan menjadi tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil mudah bosan dengan cara pembelajaran di sekolah menyebabkan dia sering ponteng sekolah. Hal ini menimbulkan kemarahan ayahnya sehingga dia kerap dirotan. Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya telah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi, namun dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan Si Luncai. Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak memantapkan diri sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya mendarat di bulan dalam halusinasinya itu.
1.Jelaskan persoalan kepentingan pelajaran kepada seseorang dengan contoh poertiwa yang sesuai.
2.Senaraikan pengalaman halusinasi yang dialami oleh Aiman Aqil.
3.Mengikut cerpen ini, bagaimanakah Aiman Aqil sedar akan dunia realitinya?

Latihan BM Tingkatan 4 pascacovid siri 2


Soalan 1 : Rumusan
Baca petikan rencana di bawah dan buat suatu rumusan tentang faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik dan usaha-usaha meningkatkan disiplin. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah kata.

Disipin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri.Secara lebih terperinci disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan. Seseorang yang berdisiplin apabila melakukan pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit, tetapi ia tetap akan berasa bersalah dan merasakan mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan harga diri. Seseorang pelajar yang berdisiplin mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan hidupnya kelak.

Mengapakah disiplin perlu dititikberatkan?Hal ini demikian kerana, disipin merupakan kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan.Seseorang pelajar yang berdisiplin sebenarnya sudah menunjukkan ciri-ciri kejayaan dalam hidup. . Hal ini disebabkan peraturan yang dikenakan itu dapat menjadi alat kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang memberi implikasi buruk kepada dirisendiri. Pelajar yang berdisiplin akan dapat mengawal perilaku di dalam kelas dan memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. Malahan, tidak mudah terjebak dalam segala masalah disiplin dan gejala negatif yang menjejaskan fokus tumpuan terhadap pembelajaran.

Pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang baik akan mengadakan jadual belajar sendiri. Mereka sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan. Malahan, pelajarpelajar ini sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik tanpa perlu diberidorongan oleh orang lain.Peraturan sekolah yang menetapkan para pelajar supaya datang ke sekolah tepat pada masa bertujuan melatih pelajar dari segi pengurusan masa. Pelajar yang berjaya menepati masa akan menjadi pelajar yang tahu menghargai masa.

Begitu juga peraturan sekolah yang menetapkan supaya berpakaian kemas. Hal ini penting supaya pelajar kelihatan berpersonaliti dan berketerampilan.Lazimnya, mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru berbanding yang tidak berpesonaliti. Aspek utama dalam mengamalan disiplin yang baik ialah menghormati guru.Hal ini mustahak kerana pelajar tidak dapat lari dari bimbingan dan tunjuk ajar guru. Walaupun pelajar mempunyai buku atau bahan rujukan yang mencukupi sekalipun , pelajar masih memerlukan guru untuk memberi penerangan kerana buku bukan manusia yang boleh berinteraksi dengan pelajar. Seandainya pelajar tidak menghormati guru maka bagaimanakah pelajar akan mendapat ilmu daripada guru? Maka,hubungan harmonis antara guru dan pelajar akan dapat menjamin keberkesanan pembelajaran.

Pandangan yang diutarakan di atas menunjukkan faktor disiplin memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan cemerlang seseorang pelajar dalam pelajarannya. Keputusan peperiksaan awam pada saban tahun menunjukkan kalangan pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dari aspek lahiriah, kerohanian dan keagamaan dapat menempa kejayaan yang cemerlang.Jelaslah, disiplin ialah peraturan untuk membentuk tingkah laku baik dan pengamalan nilai-nilai murni bertujuan menjamin kejayaan seseorang pelajar

Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikanSoalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud berpersonaliti dan berketerampilan berdasarkan penggunaannya dalam petikan.
ii. Apakah yang dimaksudkan dengan disiplin?
iii. Pada pendapat anda, mengapakah pelajar yang berdisiplin disenangi oleh guru-guru dan rakan-rakan sebaya?

a. Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah


i. negara bangsa
ii. runding cara
iii. alam semula jadi
iv. paparan cecair kristal
v. segi empat tepat
vi. warisan budaya bangsa



b. Baca dengan teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti kata nama terbitan yang terdapat
dalam ayat-ayat tersebut. Anda hanya boleh menyenaraikan satu kata nama terbitan bagi setiap ayat.
i. Gadis-gadis dilarang tertawa kuat-kuat kerana tingkah laku itu dianggap tidak sopan.
ii. Kapal tangki minyak itu mesti melalui lautan yang luas sebelum sampai ke Malaysia.
iii. Pantai di kampung saya mengalami hakisan yang teruk sejak sepuluh tahun lalu.
iv. Pembinaan sekolah terpaksa ditangguhkan kerana kos yang dikenakan oleh syarikat itu terlalu mahal.
v. Peragut yang licik itu telah berjaya ditangkap oleh polis di Taman Melati,semalam.
vi. Rakyat Kampung Limau kehujanan ketika menanti keberangkatan tiba sultan yang amat dikasihi ke majlis kenduri itu.

c. satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
i. Berdasarkan pemerhatian, remaja hari ini sentiasa mencari mekanisma atau cara untuk diekspresikan kehendak serta perasaan mereka.
ii. Sifat remaja yang terkenal dengan aggresif, kreatif, dan inovatif merancakan lagi aktiviti hiburan mereka.
iii. Janganlah disebabkan alasan bebas berkarya, kebebasan memilih, dan kebebasan mencipta menyebabkan remaja hari ini mengkiblatkan nafsu dan terpesong daripada aqidah.

d. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
(i) Pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati-hati semasa menyeberang jalan raya untuk mengelakkan diri daripada terlibat di dalam kemalangan.
(ii) Wang tabungan dapat digunakan oleh kita semasa kesuntukan wang untuk melanjutkan pelajaran.
(iii) Sudah bertahun lamanya dia tidak pergi ke kampungnya kerana keduadua ibu dan bapanya telah meninggal dunia.

(e) Cari peribahasa yang  sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.
Alam remaja penuh dengan cabaran dan dugaan. Kadang-kadang remaja akan membuat kesilapan kerana ........................................................... Namun, remaja perlu berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan agar tidak menyesal pada kemudian hari. Hal ini besesuaian dengan peribahasa ................................................................................. Remaja juga perlu bijak memilih kawan dan tidak mengikut sahaja kata-kata dan pujukan mereka seperti………………………………………………..

Soalan 4- Novel

Berdasarkan novel Jendela Menghadap  Jalan, jawab soalan-soalan berikut

a. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua cabaran yang ditempuhi oleh
watak utama berserta dengan peritiwa contoh.
b. Huraikan dua persoalan utama dengan sekurang-kurang satu peristiwa contoh.
Komsas cerpen- Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)
Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yang berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja.  Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya.  Hal ini  menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan yang banyak memberi insentif kepada penternak.  Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali dan  hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan pinjaman tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. Setelah kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak di meterai antara Hakim dan syarikat RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.
1.Jelaskan persoalan keberanian menuntut hak dalam cerpen di atas
2.Hakim ialah seorang watak  yang gigih menceburi bidang keusahawanan. Buktikan kegigihannya


Latihan BM Tingkatan 2 3 Pascacovid siri 2


Soalan 1-7 Cari kesalahan ejaan dan imbuhan



1.Semangat tolaransi dan persaudaraan perlu memupuk tanpa mengira kaum dan bangsa.

2.Jinny membuat laporan polis setelah beberapa kali diukut  oleh
seorang lelaki yang tidak mengenali.
  
3.Sherly sangat mengejut mendengar  berita kemalangan yang
menimpa suaminya sehingga tiada sepetah perkataan pun yang
terluah daripada mulutnya.

4.Iham untuk penulisan novelnya menerbit secara tiba-tiba apabila dia terjaga daripada tidur pada waktu malam.

5.Lister cuba mententeramkan perasaan isyterinya yang sedang bersedih.

6.Pandekar iban pada zaman dahulu sanggup tergadai nyawa mereka daripada menyerah kalah kepada pihak musuh demi mempertahankan negara.

7.Persembahan Falvin yang tertarik mendapat tepukan gemuroh
daripada para penonton.





Soalan 8-10 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

8.   I     Pandangannya yang tajam  menakutkan saya.
  II    Atuk selalu mengasah parangnya  agar tajam.
           III   Perkataan yang tajam itu telah mengguris hati saya.
           IV   Kritikan pengarang tentang  penulisan buku itu sungguh tajam. 
            A.   I dan II sahaja         
            B.   III dan IV                  
            C.   I, II dan IV
            D.   II, III dan IV sahaja

9.   I     Bunga yang kembang pada pagi itu amat cantik.
         II     Akibat makan terlalu banyak, badan Sabariah menjadi kembang.
    III    Span yang direndamkan di dalam air akan menjadi kembang.
         IV   Kembang hati Mala apabila semua orang memuji kekacakan suaminya.
         A.   I, II dan III sahaja  
            B.   I, III dan IV sahaja  
            C.   II, III dan IV sahaja
            D.   I, II, III dan IV                   

10.               I     Pengarah urusan itu telah  menolak cadangan timbalannya.
          II   Bayi dalam kandungan itu menolak perut  ibunya.
          III  Kami akan menolak ke Tapah pada pagi esok.
             IV  Fahmi menolak kotak itu ke tepi dinding.
            A.  I dan IV sahaja
            B.  III dan IV sahaja
            C.  I, II dan III sahaja
            D.  II, III dan IV sahaja

Soalan 11-14 Cari kesalahan istilah dan kesalahan bahasa

11.Ibu bapa mungkin menjadi elemen penyumbang kepada masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja.
12.Mi panggang amat sesuai dihidang bersama  panas teh tarik  pada waktu pagi sebagai sarapan.
13. Encik Zainudin memberi sebuah payung anaknya untuk dibawa ke sekolah kerana musim panas dijangka berkesinambungan.
14.Ali belajar bersungguh-sungguh demi untuk kebahagiaan isi rumahnya.




Soalan 15-17, betulkan kesalahan umum ayat

15.    I    Jualan murah itu mendapat  sambutan luar fikiran daripada pengguna-pengguna.
   II    Jika air sungai melimpah, Kampung Padang Belalang pasti akan melanda banjir.
   III  Sejak kejadian itu, Aida tidak lagi mengangu rakan sebiliknya.
   IV  Sebuah rantai dihadiahkan oleh Encik Daud kepada isterinya.

16       I    Berpuluh-puluh ekor kambing  peliharaan Pak Mail disyaki dicuri malam tadi.
          II   Novel-novel hasil tulisan Syamsul  Akmal begitu laris  dipasaran  kerana diminati       oleh golongan  remaja.
     III   Oleh kerana cuaca mendung, Halimin tidak jadi keluar rumah untuk  bermain   bola sepak di padang bersama-sama rakan-rakanya.
     IV  Sebelum anak perempuannya pulang dari sekolah, Mak Leha cepat-cepat mencubit nasi dan meletakkannya di bawah tudung saji.

17.     I     Pak Abu telah memperisterikan Aminah sebagai suri hatinya.
     II    Menyuruh Eliza ke kedai sebelum  ke rumah nenek di Taman Melawati.
     III   Pembabitan pihak polis dalam menangani masalah disiplin pelajar amatlah  dialukan.
     IV  Rakyat sebenarnya mahu kerajaan membetulkan mutu perkhidmatan kesihatan negara.


Soalan 18-25, pilih peribahasa yang paling sesuai bagi situasi berikut.

18.  Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan.
19.  Peribahasa yang berikut berkaitan dengan sikap tidak mengenang budi dan  melupakan orang yang berbuat baik kepada kita
20.  Seseorang mendapat keuntungan dengan tiba-tiba.
21.  Setelah Berjaya dalam hidup, Ramli melupakan kedua-dua orang tua yang banyak berjasa.       
22.  Sesuatu persengketaan tidak mungkin dapat memutuskan tali persaudaraan.
23.  Melakukan sesuatu untuk kebaikan  diri sendiri sahaja
24.  Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.
25.  Kassim sering melakukan kerja yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah.

Komsas Cerpen: Alif Sesat di Makkah-(Hamdan Kamaruddin)

Alif  seorang remaja berusia 14 tahun berada di Mekah kerana dibawa oleh ibu dan ayahnya untuk menunaikan fardhu haji. Alif enggan mengikuti mereka tetapi setelah dipujuk akhirnya Alif bersetuju. Ibu bapa Alif berharap agar Alif menjadi anak yang soleh, rajin belajar dan tidak nakal lagi. Ketika diajak oleh ibu dan ayahnya ke Masjidil Haram untuk solat, Alif sering memberi alasan dan menyuruh ayahnya pergi dahulu. Pada ketika itu, dia akan memerhatikan gelagat penjaja yang berniaga pelbagai barangan. Dia sendiri pernah membantu penjaja Turki dan penjaja Indonesia. Dia juga mendapat wang saku daripada kerjanya itu.Tertarik akan Farhan iaitu seorang remaja Arab yang berniaga tasbih, dia pun memulakan tugasnya menjual tasbih. Kisah bermula ketika Alif, dan kenalannya itu, berniaga menjual tasbih di perkarangan Masjidil Haram. Suasana di situ agak sesak kerana jemaah baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu Asar. Ketika leka menjual tasbih kepada beberapa orang jemaah, dia telah ditangkap oleh seorang anggota polis Arab Saudi. Usaha untuk melarikan diri pada awalnya tidak berhasil tetapi setelah semakin ramai jemaah bertolak-tolak untuk keluar dari Masjidil Haram, suasana menjadi tidak terkawal. Alif berhasil melepaskan diri.

1.Apakah kepentingan agama kepada  kita?
2.Apakah peribahasa yang sesuai mengikut petikan di atas?
3.Nyatakan peleraian cerpen ini.
4.Jelaskan persoalan tentang tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anaknya.

Berdasarkan isi-si tersurat berikut, tuliskan ulasan tentang cara menjadi orang yang baik.
1.Jadilah diri anda sebagai seorang yang meluangkan masa untuk memahami kehidupan orang lain.
2.Jadilah orang yang menjaga dan mengambil berat tentang orang di sekeliling; bukan dengan niat untuk menyibuk atau menunjuk baik.
3.Jadilah orang yang bersedia membantu kesulitan orang lain untuk menjadikan hari orang lain sedikit lebih mudah.
4.Biarkan perkara kecil dan remeh berlalu. Senyumlah dan berilah senyuman manis selalu.