Tuesday, November 16, 2021

Soalan Novel Justeru Impian Di Jaring=Isu Akhlak

Huraikan isu akhlak yang dibawakan oleh pengarang dalam sebuah novel yang anda pelajari

Dalam novel Justeru Impian di Jaring ini, pengarang memaparkan akhlak yang terpuji yang ditonjolkan pada diri Syahir serta beberapa watak yang lain. Oleh sebab novel ini berkisar pada kehidupan Syahir, maka pengarangnya banyak menerapkan nilai akhlak vang baik ini pada watak tersebut. Akhlak ini dilahirkan melalui pelbagai cara seperti perbuatan dan percakapan. memaparkan akhlak terpuji yang ditonjolkan pada diri Syahir.

Syahir memperlihatkan contoh akhlak mulia. Tujuannya pengarang ingin mendidik pembacanya. Syahir memiliki sifat-sifat terpuji seperti sabar, menghormati orang yang lebih tua, memohon maaf apabila melakukan kesalahan dan lain-lain lagi. Itulah akhlak yang ditunjukkan oleh Syahir sebagai seorang remaja.

Syahir mempunyai kesabaran yang tinggi dalam perlawanan badminton, antaranya dengan Syed Amiri. Banyak keputuasan pengadil perlawanan yang dirasakan kurang adil dan memihak kepada Syed Amiri dalam perlawanan tersebut.

Syahir seorang yang beriman iaitu dia sentiasa ingat pada Tuhan. Dia sering mengucap seperti “Alhamdulillah”, “Allahuakhbar”,  “Masya Allah” dan sebagainya dan ucapan itu dilafazkan mengikut kesesuaian situasi. Ucapan itu lahir secara spontan dari keluhuran hatinya.

Watak yang mempunyai akhlak yang buruk itu diakhiri dengan kekalahan yang memalukan mereka sendiri. Dalam novel ini. beberapa akhlak buruk dipaparkan melalui watak Syed Amini, iaitu rakan sepasukan Syahir dalam pasukan badminton negara. Syed Amiri mempunyai perasaan cemburu dan dendam terhadap kejayaan Syahir. Untuk mengatasi Syahir, Syed Amiri sanggup menggunakan dadah perangsang untuk menguatkan staminanya. Melalui penggunaan steroid, Syed Amiri berjaya mengalahkan Syahir pada peringkat suku akhir dalam satu kejohanan badminton tempatan yang dijadikan platform untuk pemilihan pemain ke Kejohanan Badminton Dunia di Jakarta. Kekalahan Syahir menyebabkan dia tidak layak ke kejohanan utama tersebut kerana hanya empat orang pemain sahaja yang layak ke peringkat separuh akhir akan dipilih mewakil1 negara. Namun, nasib menyebelahi Syahir apabila dia dipilih menggantikan salah seorang pemain yang mengalami kecederaan akibat kemalangan. Sepandai-pandai tupai melompat, akhimya jatuh ke tanah juga. Di Jakarta, Syed Amirin dikesan menggunakan dadah dan disingkir daripada acara tersebut. Perbuatannya itu mendatangkan keaiban bukan sahaja kepada dirinya, bahkan juga kepada maruah negara.

Selain itu, akhlak buruk juga ditonjolkan melalui perwatakan jurulatih mereka, Engku Imran. Beliau dianggap berakhlak buruk apabila bersikap pilih kasih dalam menentukan pemilihan pemain dalam kejohanan tertentu. Engku Imran lebih cenderung memilih Syed Amiri tanpa melihat prestasi dan kedudukan yang dimiliki oleh pemain lain lantaran hubungannya dengan Syed Amiri yang akrab. Itulah sebabnya dia memutuskan untuk memilih Syed Amiri menyertai Kejohanan Dunia. 

Karangan "Dadah Musuh Utama Negara"

KRITERIA PENSKORAN KARANGAN BHG B 350-500 PP

CEMERLANG A+ A 60-70

KEPUJIAN B+ A- 50-59

BAIK B- C+ 40-49

MEMUASKAN C- 30-39

KURANG MEMUASKAN D 20-29

PENCAPAIAN MINIMUM E 10-19

TIDAK MENCAPAI PENCAPAIAN MINIMUM  F 01-09

 DADAH: Musuh Utama Negara. Bincangkan.

Marcapada, gejala dadah menjadi isu yang paling hangat diperkatakan. Setiap lapisan masyarakat tidak menafikan bahawa dadah adalah sebagai musuh yang harus diperangi habis-habisan. Di negara kita gejala ini telah menjadi semakin serius=PARAH, dan dianggap lebih berbahaya daripada ancaman komunis dan jenayah-jenayah lain. Dadah mengancam keselamatan negara. Oleh hal yang demikian, tumpuan utama hendaklah diletakkan pada usaha memeranginya.

Kebanyakan penagih yang mengambil dadah adalah belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun. Sehingga ini, jumlahnya telah meningkat hampir sejuta orang atau mungkin lebih. Sejarah telah membuktikan bahawa dadah bukan sahaja mampu menghancurkan penagihnya tetapi juga meruntuhkan sesebuah kerajaan. Negara China misalnya pernah dijajah kerana dadah pada masa Perang Candu dan kekalahan Vietnam Selatan juga pernah dikatakan kerana faktor candu. Oleh hal yang demikian, negara kita menganggap dadah sebagai musuh yang mesti diperangi habis-habisan.

Dadah mengancam penagihnya perlahan-lahan tetapi dengan amat berkesan, umpama api dalam sekam atau umpama karat yang memakan besi. Hal ini dikatakan sedemikian kerana dadah boleh memendekkan usia, merencatkan pertumbuhan generasi, merosakkan urat saraf, mengendurkan otot-otot, merosakkan fikiran dan melemahkan perjalanan darah. Akhirnya penagih itu akan hidup umpama bangkai tidak bernyawa lagi. Jika seorang pegawai dalam sektor  perkhidmatan awam terlibat dengan penagihan, nescaya dia akan kehilangan kerja dan mula menganggur. Jika pelajar pula, sudah tentu dia akan diberhentikan sekolah. Jadi dadah  tidak lagi berguna kepada sesebuah negara. Dadah hanya membebankan pemerintah sahaja.

Dengan kata lain, dadah juga merupakan musuh dalam selimut. Kita tidak sedar bahawa dadah, boleh menghancurkan sesebuah negara dari dalam, bukan dari luar. Dari segi sosiopolitik dadah pasti mencetuskan persengketaan kaum dan menjejaskan perpaduan nasional. Hal ini dikatakan demikian kerana dadah boleh merosakkan sesuatu kaum tertentu. Di Malaysia misalnya dadah diedarkan oleh sesuatu kaum dan mangsanya pula ialah kaum lain. Jika hal ini tidak dikawal, maka dadah boleh menghancurkan kestabilan politik negara.

Andainya berlaku pula ancaman daripada kuasa asing, mungkin kedaulatan negara tidak dapat dipertahankan kerana belia di sesebuah negara itu sudah tidak bermaya lagi. Hal ini bererti belia yang ada tinggal sebagai nama sahaja tetapi tidak berfungsi demi pembangunan negara, apalagi untuk mempertahankan negara daripada serangan luar. Semua kehancuran ini sebenarnya berpunca daripada sifat ketagihan semata-mata.

Wang yang ada tidak dapat digunakan untuk menyediakan kemudahan sosial kerana terpaksa diperuntukkan untuk memerangi dadah. Jika kadar penagihan tidak berubah dari setahun ke setahun kerajaan terpaksa membelanjakan tidak kurang daripada RM 1 bilion setahun. Fenomena ini merupakan satu kerugian yang besar yang akan ditanggung oleh negara. Natijahnya, rakyat marhaen tidak dapat menikmati kehidupan mereka.

Penagihan dadah dalam kalangan belia akan menjejaskan modal insan yang berkualiti. Kerajaan tidak dapat menyediakan dana untuk mempertingkatkan mutu pendidikan dan kemahiran kepada remaja atau belia. Jika belia sudah ketagihan dadah, negara tidak mempunyai tenaga kerja yang berkualiti dan berwibawa untuk tujuan yang sama. Dengan perkataan lain ekonomi negara akan lumpuh. Malah pelabur-pelabur asing pula tidak berminat untuk mengupah pekerja kita.

Kesimpulannya, tidaklah ragu-ragu lagi bahawa dadah merupakan musuh utama negara yang mesti diperangi sehabis-habisnya. Kita harus belajar daripada sejarah bahawa rakyat yang taksub dengan sesuatu akan mudah dijajah oleh kuasa asing. Oleh itu, kerajaan hendaklah memperkasa penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada dan mesti mengenakan hukuman yang berat terhadap pengedar dan mangsa dadah ini.  519 perkataan 

Ayat Peribahasa

Bina ayat dengan peribahasa

1.Program gotong-royong itu berjaya berkat kerjasama semua pihak bak pepatah, bukit sama didaki, lurah sama dituruni

2.Kita mesti berhati-hati ketika mandi di sungai kerana malang tidak berbau

3.Guru Fizik yang ditukarkan ke sekolah lain menyebabkan pelajar tingkatan 5 Najwah seperti anak ayam kehilangan ibu.

4.Encik Shamsul menjadi bidan terjun apabila beliau menggantikan Puan Suriani sebagai pengacara majlis. 

Bahasa Melayu Standard

 BAHASA MELAYU STANDARD

Setelah SMZ mendengar berita itu, baginda menyuruh mengumpulkan semua rakyat daerah jajahan bergerak ke Melaka.TP membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak dan isterinya sekali. Orang Kelang berdatang  sembah  kepada sultan ,”Ya tuanku, semua orang daerah jajahan yang lain menghadap semuanya lelaki juga, namun patik sekalian yang dibawa oleh TP dengan perempuan sekali.

Kata Terbitan

KATA TERBITAN IALAH KATA YANG DITERBITKAN DARIPADA SESUATU KATA DASAR

Ada  = keadaan    berada    mengada-ngada  diadakan keberadaan seadanya

Apitan = ada awalan dan akhiran

Ber….an = berpatutan

Ber…..kan=berdasarkan

Pembangunan= pe….an

Penggunaan=penggunaan bahan kimia yang berlebihan dalam sektor pertanian dilarang oleh KKM

Pendedahan= Pendedahan maklumat mengenai jenayah itu disebarkan oleh pihak polis

Kepentingan=Kepentingan telefon bimbit dalam kehidupan manusia tidak dapat dinafikan

Memberikan =Pelajar itu memberikan sekuntum bunga kepada guru yang disukainya

Sintaksis

1.Subjek=kami

Predikat =sudah……….Pinang

2.subjek: kami

Predikat=mengisi……………tempatan

3. subjek:kami sekeluarga

Predikat= tidak……..suara

 

1.influenza

2. walau bagaimanapun

3.peningkatan

4.di 10

5.bandar raya

6.dikesan

7.analisis

8.melibatkan

9. diambil kira

 

Prosedur Pendakwaan

 1.Kes mahkamah bermula dengan siasatan polis dan/atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dalam kes berkaitan  cukai pendapatan pula, siasatan dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

2. Hasil siasatan ini diserahkan kepada Peguam Negara. Pejabat ini akan mengkaji  kertas siasatan dan memutuskan sama ada, ada kes atau tidak. Kalau tidak cukup bukti,  PN  boleh minta pihak yang menududh supaya menyiasat semula. Seba itulah kita mewujudkan tahan secara reman . Apabila PN berpuas hati, PN akan menyerah  kepada Pendakwa Raya untuk orang yang kena tuduh (OKT) itu, dituduh di mahkamah. Pejabat Peguam Negara ini sangat besar kuasanya sebab mereka berkuasa ke atas Pendakwa Raya.

3. Di Malaysia, calon Peguam Negara dicadangkan oleh Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenan  dan dilantik. Jadi secara tidak langsung PN akan menjaga keaiban atau air muka atau kepentingan  Perdana Menteri yang mencalonkan PN tersebut

4. OKT boleh memberikan bermacam-macam bukti dan  alasan untuk membebaskan diri atau setidak-tidaknya OKT boleh  melambat-lambatkan perbicaraan. Kekadang berlaku juga perbicaraan dalam perbicaraan.

5. Bagaimanapun, mengikut prinsip RN yang ke-3, Keluhuran Perlembagaan, mahkamah ialah  institusi tertinggi dalam sistem pentadbiran kita. Mahkamah mempunyai kuasa pemutus dan tidak memihak kepada sesiapa walaupun OKT itu orang terkenal.

6.Semua mahkamah juga dilindungi daripada penghinaan. Jadi kita harus  berjaga-jaga dan berwaspada apabila mengulas sesuatu kes di mahkamah. Jika tidak, kita boleh didakwa di bawah "the contempt of court".atau menghina mahkamah.

7. Oleh itu kita mestilah  meletakkan kepercayaan dan keyakinan kita terhadap institusi kehakiman dan perlembagaan kita.