Friday, December 10, 2021

WACANA BM SEM 3

Bina sebuah wacana yang mengandungi ciri kohesi dan koheren.

Malaysia sebuah negara sudah membangun.  Malaysia maju dalam pelbagai sektor. Antara sektornya ialah pelancongan, kesihatan, ekonomi dan pelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat banyak pelancong dan pelajar asing di negara kita.

Bina sebuah wacana yang terdiri daripada pengulangan hiponim dan penanda elipsis.

Terdapat banyak jenis buah dijual di pasar malam. Pada hari minggu, ramai pembeli yang berkunjung. Kebanyakan pengunjung membeli durian, manggis, duku dan langsat. Buah-buahan yang dijual amat sedap dan manis.

Tulis sebuah wacana yang mengandungi penanda leksikal yang terdiri daripada pengulangan perkataan yang sama dan pengulangan sinonim.

Hati ibu berasa gundah. Ibu sering memikirkan nasib yang dialami oleh adik. Remaja itu terlibat dalam satu kemalangan. Sebagai akibat musibah tersebut adik dimasukkan ke hospital. Ibu sering sedih.